Ujian Psikometrik adalah ujian wajib lulus atau melepasi tahap penilaian untuk memasuki kerjaya sebagai seorang penjawat awam di Malaysia. Ujian ini adalah satu-satunya ujian online yang diperkenalkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerusi Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE).
Ramai yang dah tahu bahawasanya peperiksaan atau ujian online ini bersifat ujian kendiri iaitu calon memilih jawapan yang mana paling tepat dengan sikap dan personaliti calon. Ini adalah kerana ujian ini adalah ujian psikologi berkaitan minat dan keserasian.
Ujian Psikometrik SPA - Apa yang Dinilai dalam Ujian Online?
Ujian Online Psikometrik menyediakan pelbagai bentuk soalan dan pilihan jawapan yang menepati soalan. Tiada yang salah dan betul di dalam ujian ini. Ini adalah kerana personaliti itu tidak statik dan boleh berubah, bergantung kepada situasi, emosi, tekanan termasuklah peraturan dan akta.
Jadi, jangan terkejut ada di antara penjawat awam yang amnya mudah bertimbang-rasa tetapi kerana tugas dan tanggungjawab perlu bersikap tegas dan memenuhi tuntutan peraturan dan undang-undang.
Ujian ini adalah ujian untuk melihat trait-trait personaliti ini samada bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab jawatan tersebut atau tidak. Mungkin ada trait yang biasanya dinilai negatif tetapi sebenarnya diperlukan untuk jawatan tersebut.
Apapun, perkara paling utama ialah menonjolkan perkara positif dan menyembunyikan perkara negatif bersesuaian dengan kriteria perjawatan tersebut.
Apa yang dinilai di dalam Ujian Psikometrik SPA?
Ada
lima personaliti atau dimensi utama yang biasanya dijadikan asas dalam penilaian ujian psikometrik ini, iaitu:
- Ekstraversi (Extraversion)
- Kesetujuan (Agreeableness)
- Kehematan (Conscientiousness)
- Neurotisisme (Neuroticism)
- Keterbukaan (Openness)
Apakah yang dimaksudkan dengan setiap 5 dimensi utama ini?
Ekstraversi (Extraversion)
Skor tinggi menggambarkan ciri ekstrovert iaitu kecenderungan individu untuk mendapatkan rangsangan secara luaran terutamanya dalam bentuk perhatian daripada orang lain.
Gemar berinteraksi, bersosial dan terlibat secara aktif dalam aspek komunikasi dan perhubungan, bersifat energetik.
Manakala skor rendah menggambarkan sebaliknya iaitu ciri introvert, lebih bersikap pendiam, kurang bergaul, gemar menyendiri dan lebih memilih untuk menjadi low profile.
Kesetujuan (Agreeableness)
Skor tinggi menggambarkan kecenderungan individu bersikap fleksibel, optimistik dan bertoleransi. Mudah bekerjasama dan berurusan dengan individu lain tanpa konflik.
Manakala skor rendah menggambarkan ciri sebaliknya seperti sifat yang dingin, penentangan kepada sesuatu yang dirasakan tidak betul dan memberi perhatian kepada kesilapan yang berlaku.
Kehematan (Conscientiousness)
Skor tinggi menggambarkan kecenderungan sikap berhemah. Memberi perhatian kepada ketelitian dan kesempurnaan dalam melaksanakan tugasan. Tidak mengambil mudah atas tanggungjawab yang diberikan. Pengurusan yang berstukur dan tersusun.
Manakala skor rendah menggambarkan ciri sebaliknya seperti lebih bersikap spontan, mengambil mudah, kurang konsisten serta kurang kawalan dalam pelaksanaan tugasan.
Neurotisisme (Neuroticism)
Skor tinggi menggambarkan kecenderungan untuk mengalami emosi negatif. Mudah bertindak balas terhadap sesuatu situasi dengan emosi negatif (seperti contoh: perasaan cemas, kebimbangan, kesunyian, ketakutan, kekecewaan, kesedihan, rasa bersalah, dan rasa malu). Menangani masalah yang dihadapi dengan cara yang kurang produktif.
Manakala skor rendah menggambarkan ciri sebaliknya iaitu mempunyai tahap kestabilan emosi yang tinggi, sentiasa bersikap tenang, berkeyakinan tinggi dan terkawal
Keterbukaan (Openness)
Skor tinggi menggambarkan kecenderungan kepada idea dan pengalaman yang baharu. Bersikap terbuka kepada perubahan, kreatif dan perasaan ingin tahu yang tinggi.
Manakala skor rendah menggambarkan ciri sebaliknya iaitu bersikap praktikal, mengelakkan perkara yang tidak diketahui, kurang gemar kepada perubahan, lebih memilih kepada perkara yang mengikut kebiasaan atau tradisi
Contoh Soalan Ujian Psikometrik
Saya melihat diri saya sebagai seorang yang .....
- Suka bercakap
- Cenderung mencari kesalahan orang lain
- Melakukan kerja yang berkualiti
- Murung, muram
- Original, mempunyai idea-idea baharu
- Seorang pendiam
- Suka membantu dan tidak mementingkan diri sendiri
- Boleh menjadi agak cuai
- Tenang dan mampu menghadapi tekanan dengan baik
- Ingin tahu tentang banyak perkara berbeza
Semua soalan di atas diberikan pilihan jawapan yang sama seperti di bawah:
- Sangat Tidak Bersetuju
- Tidak Bersetuju
- Tidak Pasti
- Bersetuju
- Sangat Bersetuju
PERSEDIAAN UJIAN PSIKOMETRIK SPA
Jadikan diri anda sebagai calon yang bersedia. Lebih bersedia, lebih yakin. Tidak lagi menjawab secara semborono. Dapatkan kelebihan dari calon lain menerusi rujukan Tim Infokerjaya yang lengkap
disertakan huraian jawapan untuk pemahaman apa yang dinilai.
Rujukan dengan
200+ Soalan Latihan Psikometrik - Terbukti telah membantu puluhan ribu calon beroleh kejayaan sejak 2009!
Dapatkan pakej rujukan ini sekarang menerusi pautan -
[Tempah Rujukan Psikometrik].
Untuk pengetahuan calon, sebenarnya ada beberapa lagi model penilaian psikometrik ini selain dinyatakan di atas, antaranya
Myer Briggs Personality Test,
DISC Personality Test,
Hogan Personality Inventory,
Hexaco Personality Model,
16 Personality Factors dan juga
Enneagram - yang biasanya menggunakan jawapan dalam julat kecenderungan.
Buat calon yang ingin melihat beberapa contoh soalan soalan psikometrik bersandarkan kepada
Big 5 Inventory (BFI), boleh dapatkan menerusi link Jabatan Perdana Menteri di sini -
Ujian Psikologi JPM