PSEE Psikometrik Juruteknik Komputer

Dah siap sedia untuk hadapi ujian penilaian PSEE Psikometrik jawatan Juruteknik Komputer? Jawatan yang dikategorikan sebagai pelaksana dalam skim perkhidmatan awam ini antara jawatan yang menjadi antara pilihan untuk lepasan SPM dan Diploma. Jawatan Juruteknik Komputer dengan kelulusan minima SPA ini diletakkan dalam gred FT19 dengan gaji permulaan minima sekitar RM1500 (termasuk elaun menerusi skim lama).

Secara amnya, tugasan Juruteknik Komputer FT19 ialah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi atau jabatan.

Rujukan Persediaan PSEE Psikometrik Juruteknik Komputer FT19

Rujukan Psikometrik Juruteknik Komputer

Bagi calon yang ingin menjawat jawatan Juruteknik Komputer gred FT19 mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik yang telah ditetapkan selain Melepasi Penilaian Ujian Psikometrik yang disediakan SPA sebelum ke peringkat temuduga.

Biasanya calon yang memenuhi syarat kelayakan akademik di peringkat pengisian permohonan akan secara automatik terpilih untuk menjalani peperiksaan online penilaian Psikometrik. Maka, jangan pelik seandainya jumlah calon yang akan mengambil peperiksaan online ini sangat ramai, walaupun kekosongan adalah kecil. Ini adalah kerana pihak SPA ingin memberikan peluang kepada lebih ramai calon untuk cuba memenuhi kriteria pemilihan perjawatan ini.

Psikometrik - Wajib Melepasi Tapisan

Kriteria psikometrik telah menjadi aspek utama dalam pemilihan calon ke peringkat temuduga bagi semua perjawatan dalam pengambilan baharu perkhidmatan awam Malaysia. Jadi, hanya calon yang memperoleh skor tertinggi dan menepati kehendak kriteria jabatan atau kementerian yang bakal ditemuduga untuk penilaian lebih rapi.

Untuk melepasi tahap tapisan Ujian Psikometrik ini, tiada cara lain selain membuat persediaan awal dari segi mental dan fizikal. Mental perlu berada dalam status terbaik dan berfikiran positif.

Bagi membantu calon, satu ebook rujukan khas Latih Tubi Menjawab Soalan Psikometrik telah disediakan oleh pihak Tim Infokerjaya. Rujukan ini adalah satu-satunya rujukan terkini yang boleh digunakan calon dalam melakukan persediaan sebelum ke penilaian sebenar Ujian Psikometrik.

Ia akan membantu calon dalam beberapa perkara:

  1. Membiasakan diri calon dengan pelbagai bentuk serta jenis soalan Psikometrik yang disediakan mengikut trait-trait personaliti yang diuji.
  2. Membolehkan calon untuk mengenalpasti soalan-soalan yang mengelirukan atau memerangkap calon dalam pengujian konsistensi dan kejujuran.
  3. Melatih calon untuk berfikiran positif - tonjolkan kebaikan dan kelebihan, sembunyikan kekurangan tanpa menjejaskan integriti.
  4. Kenal-pasti kelemahan diri dan tingkatkan kelebihan untuk disesuaikan dengan kriteria calon dalam jawatan yang dipilih.


Ramai calon sebelum ini telah menggunakan rujukan yang disediakan oleh Tim Infokerjaya dan mendapat keputusan yang menggembirakan. Malah, hampir 90 peratus calon sangat berpuas-hati dengan rujukan dan menganggap rujukan yang disediakan banyak membantu dalam persediaan sebelum peperiksaan online sebenar.


Jika mahu memastikan diri tidak gugup. Jika mahu lebih keyakinan. Jika mahu skor markah merit yang tinggi. Maka, kami syorkan gunakan rujukan ini sebagai panduan. Tempahan boleh dibuat sekarang menerusi pautan disediakan di bawah ini: