Rujukan Psikometrik Pembantu Tadbir N19

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah umumkan ujian psikometrik untuk jawatan Pembantu Tadbir N19. Kekosongan agak besar termasuk calon simpanan. Maka, peluang untuk melepasi ujian saringan iaitu Ujian Psikometrik adalah tinggi. Ramai nak tahu bagaimana cara untuk melepasi ujian ini yang secara amnya adalah ujian kendiri yang mudah. Mudah kerana soalan-soalan akan bertanyakan mengenai diri anda.

Apa jua jawapan diberikan oleh calon adalah betul. Ini adalah kerana tiada betul atau salah bila bersabit dengan keperibadian anda. Cumanya, anda perlu memberi jawapan yang menerangkan secara tepat mengenai diri anda.

Rujukan Psikometrik Pembantu Tadbir N19

Awas. Sistem penilaian ini boleh mengenal-pasti samada anda memberikan jawapan yang kurang jujur. Jadi, hati-hatilah ketika memberikan jawapan kepada SETIAP SOALAN. Dan paling penting, kena cakna dan kenal-pasti soalan-soalan yang ada saling-kait sesama sendiri.

Rujukan Exam Psikometrik Pembantu Tadbir n19
Untuk jawatan Pembantu Tadbir gred N19, soalan-soalan akan menjurus kepada cara calon berhadapan dengan persekitaran psikologi di dalam pejabat berkaitan pentadbiran (perkeranian). Jadi, soalan-soalan seperti:
  • Adakah anda pernah berbohong?
  • Adakah anda merasakan berbohong itu diperlukan di dalam situasi tertentu?
  • Saya seorang yang berdisipilin.
  • Saya seorang yang suka bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan.
  • Saya boleh bekerja secara bersendirian.
  • Saya biasanya akan pulang setelah selesai tugasan saya.
  • Saya cepat marah apabila tugasan saya dipersoal.
  • Saya suka bergosip.
  • Saya cepat marah apabila mendengar khabar angin mengenai diri saya.

Setiap calon akan memberikan jawapan yang berbeza dan berkemungkinan akan sama, namun akan ada beberapa soalan yang menyediakan jawapan yang bakal membezakan setiap calon berdasarkan kepada pemberat merit yang telah disediakan. Jadi, agak tricky sebenarnya walaupun soalan-soalan adalah mudah.

Jadi, bagaimana soalan-soalan berkaitan dengan emosi, berkaitan tindakan rasional, soalan berkaitan kerjasama, disiplin, cara berkomunikasi dan pelbagai trait personaliti lain akan ditanya, serta bagaimana pula untuk memilih jawapan agar setiap jawapan diberikan menunjukkan anda benar-benar jujur dan konsisten!

Kami syorkan anda gunakan rujukan khusus yang disediakan untuk Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir N19. Rujukan ini telah disediakan dan disusun oleh Tim Infokerjaya. Ia akan membantu anda lebih memahami ujian ini. Jangan masuk ke dalam kolam jika anda tak pasti samada anda boleh berenang dengan baik atau tidak.

Rujukan Persediaan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N19 edisi 2024


Nak guna rujukan ini untuk Psikometrik Pembantu Tadbir N19? Jika anda mahu dibantu, boleh dapatkan rujukan tersebut di pautan di bawah ini:

[+] Nak Rujukan Psikometrik PEMBANTU TADBIR N19

Jangan rasa susah hati. Ada rujukan yang boleh anda gunakan. Jangan jawab secara semborono jika anda MAHU MELEPASI TAHAP PENILAIAN ujian ini. Buat persediaan, insyaAllah, setiap usaha akan ada hasil.