Mencari rujukan contoh soalan untuk persediaan PSEE Ujian Psikometrik Pegawai Sains C41? Buat persediaan awal dengan melakukan latih tubi menjawab soalan-soalan berkaitan psikometrik, penting untuk elakkan anda terperangkap dengan pelbagai jenis bentuk soalan yang kadangkala mengelirukan.
Ramai calon tidak melepasi tahap penilaian ujian ini kerana gagal mengumpul markah merit keseluruhan yang diperlukan. Calon yang gagal biasanya terlepas pandang mengenai beberapa soalan ulangan yang cuba menguji konsisten calon dan kejujuran dalam memberikan jawapan.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Sains
Berikut beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik yang boleh jadikan panduan calon jawatan Pegawai Sains C41:
1. Kritikan boleh menghalang prestasi kerja
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tidak Pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
2. Saya tidak perlu mempunyai banyak pilihan untuk menyelesaikan sesuatu masalah
- Sangat Kerap
- Kerap
- Tidak Pasti
- Kadang-kadang
- Tidak Pernah
3. Saya menerima kritikan walaupun tidak menyukainya
- Sangat Kerap
- Kerap
- Tidak Pasti
- Kadang-kadang
- Tidak Pernah
Kadangkala soalan diberikan dalam pilihan jawapan yang terhad - menjurus kepada sifat positif atau negatif. Lihat beberapa contoh soalan di bawah ini:
4. Apabila menolak sesuatu permintaan, saya akan rasa bersalah
- Ya
- Tidak
5. Apabila bersama dengan orang yang tidak dikenali, saya tidak merasa selesa
- Benar
- Tidak Benar
6. Mereka yang memimpin selalunya akan berebut untuk mendapat faedah dari yang dipimpin
- Setuju
- Tidak Setuju
Sesuaikah anda dengan kerjaya Pegawai Sains yang memerlukan kajian? Soalan seperti ini mungkin akan ditanya, apa jawapan yang terbaik bakal anda pilih?
7. Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian
- Sangat menggambarkan diri saya
- Menggambarkan diri saya
- Agak menggambarkan diri saya
- Tidak menggambarkan diri saya
- Sangat tidak menggambarkan diri saya
8. Saya memerlukan bantuan seseorang untuk membuat pilihan semasa membeli-belah
- Sangat menggambarkan diri saya
- Menggambarkan diri saya
- Agak menggambarkan diri saya
- Tidak menggambarkan diri saya
- Sangat tidak menggambarkan diri saya
9. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam
- Sangat tidak setuju
- Agak tidak setuju
- Tidak setuju mahupun setuju
- Agak setuju
- Sangat setuju
Bagaimana dengan soalan sebegini yang andai ditanya untuk jawatan Pegawai Sains? Apa jawapan yang anda berikan sesuai dengan karektor anda? Apa pula jawapan anda jika ia aspek penting untuk jawatan Pegawai Sains yang menjurus kepada keputusan berbukti?
10. Saya boleh mengenali orang yang membuat keputusan mengikut gerak hatinya.
- Sangat kerap
- Kerap
- Tidak pasti
- Kadang-kadang
- Tidak pernah
Pastikan anda tahu apa yang anda jawab, samada ia sesuai dengan karektor anda atau ia semata untuk memenuhi permintaan perjawatan!
Mahu lebih banyak soalan ujian dan disertakan huraian jawapan? Gunakan rujukan disediakan oleh Tim Infokerjaya, klik pada banner disediakan untuk tempahan segera.