Penentuan Markah Lulus PSEE Psikometrik SPA

Ramai yang tertanya-tanya, apakah markah lulus bagi penilaian PSEE SPA khususnya Ujian Psikometrik. Sepertimana diperkatakan oleh Pegawai SPA, Encik Khalid di dalam satu video taklimat SPA; penilaian Ujian Psikometrik tiada lulus atau gagal tetapi digantikan dengan samada 'Melepasi Tahap Penilaian' atau 'Tidak Melepasi Tahap Penilaian'.

Penilaian PSEE bergantung kepada kejujuran, sistem akan menentu-sahkan maklumat yang telah diberikan oleh calon menerusi peperiksaan online. Peperiksaan ini mengandungi soalan-soalan yang akan menilai kebolehan dan minat serta kecenderungan calon secara sistematik.

Cara Penilaian dan Penentuan Calon Berjaya PSEE Psikometrik

Penentuan Markah Lulus Ujian Psikometrik SPA

Peperiksaan online ini terutama PSEE Ujian Psikometrik adalah berkaitan calon melaporkan tentang dirinya, memberikan reaksi kepada sesuatu perkara yang ditanyakan.

Tiada betul atau salah dalam peperiksaan Ujian Psikometrik ini. Apa jua jawapan diberikan calon tidak dianggap salah malah akan ada sesuatu situasi di mana sifat yang berlawanan akan diberikan kelebihan. Contohnya, seperti sifat ketegasan dan kelembutan, ada jawatan yang memerlukan tahap ketegasan yang tinggi manakala ada jawatan yang memerlukan sikap tolenrasi.

Cara Penentuan Calon Berjaya

Bilangan calon yang akan diberi markah lulus atau berjaya bergantung kepada jumlah calon yang memohon dan juga jumlah calon yang akan dipanggil ke temuduga. Ia berdasarkan kepada nisbah bilangan kekosongan jawatan dan bilangan yang ditetapkan untuk temuduga,

Sebagai contoh, jika kekosongan adalah 20, maka jumlah calon yang bakal dipanggil untuk ke temuduga adalah 200 orang calon, iaitu 1 nisbah 10, iaitu yang terbaik berdasarkan jumlah merit skor semua calon yang menduduki ujian PSEE Psikometrik.

Ini bermakna, jika kekosongan kecil *termasuk calon simpanan, maka jumlah calon yang akan diberikan markah lulus atau melepasi tahap penilaian juga akan kecil.

Bila Keputusan PSEE Diumumkan?

Keputusan akan diumumkan 15 hari bekerja selepas menjalani PSEE. Ada beberapa saluran untuk makluman keputusan peperiksaan online PSEE akan dipaparkan: email, portal rasmi dan laman media sosial Facebook rasmi SPA.

Tips Menjawab PSEE

Calon dinasihatkan untuk menjawab kesemua 199 (biasanya) soalan secara jujur. Calon perlu memberikan jawapan berpandukan kepada perspektif diri sendiri, tidak perlu atau bergantung kepada pendapat orang lain.

Semoga bermanfaat.

Dipanggil Untuk Ujian Psikometrik SPA 2024?

Dapatkan pakej Rujukan Ujian Psikometrik versi 2024 keluaran Tim Infokerjaya. Rujukan dalam bentuk ebook dan mengandungi lebih 200 contoh soalan lengkap huraian jawapan untuk persediaan sebelum peperiksaan sebenar. Tempah rujukan ini di butang disediakan di bawah: