Video - Masa Depan Kerjaya Sebagai Jururawat

Kerjaya sebagai seorang jururawat adalah antara kerjaya yang bergaji lumayan. Malah, kerjaya sebagai seorang Jururawat di sektor awam Malaysia adalah antara yang berpendapatan agak tinggi - bila ditambah dengan beberapa elaun yang tidak terdapat di dalam sektor swasta.

Ada juga jururawat yang mempunyai pengalaman berhijrah ke luar negara dan mendapat peluang mengembangkan kerjaya jururawat di sana. Ramai yang mampu meraih pendapatan atau gaji sebulan mencecah lebih Rm10,000! selain mendapat pelbagai kemudahan disediakan oleh majikan.

Jururawat - Masa Depan Kerjaya



Kerjaya jururawat sememangnya kerjaya yang murni dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Amnya, tugas dan peranan seorang jururawat di Malaysia, khususnya di dalam sektor awam adalah seperti di bawah:

Deskripsi Am Tugas Jururawat

  • Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
  • Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
  • Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
  • Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
  • Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
  • Membuat pesanan bekalan peralatan.
  • Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.