Jawatan ini antara jawatan yang sering menjadi pilihan terutama untuk graduan lepasan Diploma. Tangga gaji permulaan untuk jawatan ini, adalah sekitar RM1600 dan maksima sehingga RM6000 sebulan berdasarkan gred perjawatan di dalam skim Perkhidmatan Awam.
Tugas Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29
Secara amnya, tugas seorang Penolong Pegawai Pendaftaran adalah membantu dalam melaksanakan segala bentuk perkhidmatan disediakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Ini termasuklah tugas dan tanggungjawab seperti di bawah:
- Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Undang-undang
- Urusan Kad Pengenalan
- Urusan Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat
- Urusan Kewarganegaraan
- Urusan Perkahwinan dan Perceraian
- Aktiviti Siasatan dan Pendakwaan
Buat mereka yang mendapat peluang untuk mengambil peperiksaan online PSEE Ujian Psikometrik untuk jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran, dan memerlukan rujukan menjawab soalan ujian serta panduan persediaan sebelum Ujian Psikometrik, boleh dapatkan rujukan tersebut menerusi link di bawah: