Rujukan Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Penjara KA19

Bagaimanakah bentuk soalan Ujian Psikometrik bagi penilaian calon yang sesuai bagi jawatan Pegawai Penjara gred KA19? Amnya, seorang yang ingin menjawat jawatan Pegawai Penjara memerlukan jiwa yang kental, kesabaran tinggi selain disiplin dan ketegasan dalam melaksana tugasan.

Jawatan Pegawai Penjara dikategorikan di dalam kumpulan pelaksana dengan kelayakan akademik minima Sijil Pelajaran Malaysia. Biasanya ia ditawarkan untuk calon berumur antara 18 hingga 35 tahun seperti ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan. Calon yang terpilih perlu juga melepasi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera yang ditetapkan; boleh rujuk di laman berikut - Pegawai Penjara KA19.

Ujian Psikometrik Pegawai Penjara KA19

Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penjara KA19

Secara ringkas, seorang Pegawai Penjara KA19 bertanggungjawab dalam mengawal banduan (orang tahanan/juvana) melibatkan keselamatan fizikal dan pengurusan. Ini termasuk tugas-tugas pemulihan dan kawalan semasa banduan menjalani rawatan di hospital atau menghadiri perbicaraan di mahkamah.

Bagi memastikan hanya calon yang mempunyai kecenderungan serta minat sahaja terpilih untuk jawatan ini, calon perlu menghadiri peperiksaan secara online iaitu Ujian Psikometrik. Ujian Psikometrik adalah ujian kendiri. Soalan yang akan ditanya di dalam ujian ini adalah berkaitan diri calon, dan calon perlu menjawab semua soalan dengan jujur tanpa merujuk pada sesiapa.

Calon perlu memastikan setiap soalan dan jawapan diberikan sentiasa konsisten yang merujuk kepada sikap dan personaliti sebenar calon. Hanya calon yang melepasi merit permarkahan sahaja akan dinilai sebagai melepasi tahap penilaian psikometrik untuk jawatan Pegawai Penjara KA19.

10 Contoh Soalan Penilaian Psikometrik Pegawai Penjara

Berikut adalah beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik yang disesuaikan untuk jawatan Pegawai Penjara KA19:

Memakai kad matrik tidak semestinya menunjukkan pelajar itu berdisiplin
A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

Biasanya, saya tenang dalam bertindak balas terhadap situasi yang menimbulkan bahaya
A. Sangat Tidak Menggambarkan Diri Saya
B. Tidak Menggambarkan Diri Saya
C. Agak Menggambarkan Diri Saya
D. Menggambarkan Diri Saya
E. Sangat Menggambarkan Diri Saya

Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah
A. Sangat tidak setuju
B. Agak tidak setuju
C. Tidak setuju mahupun setuju
D. Agak setuju
E. Sangat setuju

Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

Pernahkah terlintas difikiran anda bahawa ibu bapa anda membenci anda?
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

Apabila dimarahi, saya akan melenting
A. Ya
B. Tidak Pasti
C. Tidak

Pada setiap masa, saya sentiasa suka dipandang kemas dan bersih
A.Ya
B.Tidak
C. Tidak Pasti

Soalan-soalan di atas adalah merupakan contoh pelbagai bentuk soalan yang berkemungkinan ditanya di dalam peperiksaan online Ujian Psikometrik bagi Pegawai Penjara KA19. Ia cuba mencungkil keperibadian calon samada sesuai dengan jawatan atau tidak.

Setiap soalan dan jawapan di dalam ujian ini ada pemberat merit, dan secara amnya tiada jawapan salah. Setiap orang ada sifat negatif dan positif. Jadi apa jua jawapan diberikan oleh calon akan memperoleh merit. Pun begitu, menzahirkan jawapan yang tepat dan menepati personaliti diperlukan bagi melepasi tahap penilaian Ujian Psikometrik ini.

Rujukan Persediaan Peperiksaan Online Ujian Psikometrik

Untuk membantu calon, adalah sebaiknya membuat latihan menjawab soalan-soalan Ujian Psikometrik ini bagi menyesuaikan diri dengan pelbagai bentuk soalan yang adakalanya sedikit rumit dan mengelirukan, terutama apabila ada soalan yang nampak hampir serupa dengan jawapan berbeza.

Boleh gunakan rujukan Ujian Psikometrik seperti ditunjukkan di bawah ini sebagai persediaan sebelum peperiksaan sebenar.


Lulus Ujian Psikometrik 2024