Buat persediaan sebelum peperiksaan sebenar Ujian Psikometrik dengan melakukan latihan menjawab soalan. Latihan ini penting supaya dapat mempersiapkan diri dengan pelbagai bentuk soalan dan jenis jawapan yang disediakan. Walaupun ujian ini tidak sesukar mana, namun ramai calon yang gagal adalah mereka yang kurang bersedia sebelum Ujian Psikometrik.
Rujukan Psikometrik SPA Jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19
Tim Infokerjaya ada menyediakan pakej rujukan Ujian Psikometrik yang mengandungi lebih 200 soalan latihan untuk latih-tubi calon yang terlibat dengan PSEE Ujian Psikometrik. Semua soalan adalah merupakan contoh-contoh soalan bersandarkan kepada pengalaman dan input daripada calon sebelum ini.
Soalan Ujian Psikometrik adalah soalan kendiri berkaitan dengan minat dan kecenderungan. Tiada betul atau salah di dalam penilaian ini. Namun, setiap soalan serta jawapan ada nilaian pemberat iaitu merit yang skalanya tidaklah diketahui melainkan apa yang telah diprogramkan oleh pihak SPA, berdasarkan kepada keperluan perjawatan.
Kunci utama untuk lulus atau melepasi penilaian Ujian Psikometrik SPA ini adalah kejujuran dan juga konsistensi. Ini bermakna, calon perlu menjadi diri sendiri atau dengan kata lain menjawab semua soalan diberikan secara sendiri tanpa perbincangan dengan sesiapa atau mengikuti sesiapa.
Jadi, akan wujud soalan yang bersifat negatif dan kontrakdik, dengan maksud untuk menguji kejujuran serta konsistensi.
Ada banyak lagi bentuk soalan yang dibentuk untuk membuatkan calon keliru. Ini termasuklah dengan pilihan jawapan.
Contoh jawapan - Sudah Tentu, Pasti, Kurang Pasti, Agak Pasti, Sangat Setuju, Agak Bersetuju, Tidak Benar, Agak Kurang Benar dan macam-macam lagi. Ada elemen keraguan diletakkan di sebalik soalan cuba menguji kejujuran dan sifat sebenar calon.
Jadi, sangatlah penting calon melakukan persediaan dengan membuat banyak latihan menjawab soalan sebelum mengambil ujian ini.
Untuk bantuan menjawab, tips memilih jawapan, serta lebih 200 set soalan dengan jawapan serta huraian, gunakan rujukan disediakan Tim Infokerjaya.
Tempahan boleh dilakukan menerusi pautan disediakan ini:
[+] KLIK SINI untuk Tempahan Rujukan
Rujukan adalah dalam bentuk ebook, tiada caj penghantaran dikenakan. Pautan rujukan akan diberikan menerusi email yang didaftarkan semasa tempahan/belian. Ebook rujukan akan diterima dalam masa 24 jam setelah pengesahan bayaran dibuat oleh Tim Infokerjaya. Ada jaminan diberikan kepada pembeli yang merasa ragu.
Untuk info, rujukan ini tidak didapati di Shopee atau Lazada atau mana-mana platform online lain kecuali dari link disediakan di sini.