Rujukan dan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Arkitek J41

Arkitek gred J41 merupakan jawatan kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam sektor Perkhidmatan Awam Malaysia. Jawatan ini diletakkan di dalam banyak jabatan dan kementerian, namun yang sering diiklankan dan mempunyai kekosongan adalah di Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Kelulusan minima untuk memohon jawatan ini menerusi portal SPA9 ialah Ijazah Sarjana Muda/Sarjana Seni Bina dengan pengiktirafan Arkitek Graduan dengan Lembaga Arkitek Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Tangga gaji permulaan untuk Arkitek gred J41 adalah dalam lingkungan RM2700 - RM2900.

Arkitek Gred J41

Rujukan Ujian Psikometrik Online Arkitek J41

Bagi calon yang berkelayakan dari segi akademik untuk jawatan ini, perlu memastikan kelulusan minima seperti dinyatakan dipenuhi selain perlu melepasi tapisan Ujian Psikometrik SPA yang diadakan secara dalam talian. Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan personaliti serta ujian kesesuaian calon dengan jawatan yang dipohon.

Deskripsi Tugas Arkitek J41

Antara tugasan sebagai seorang Arkitek J41 di sektor awam adalah:

  1. Merancang, mereka bentuk bangunan baru
  2. Menerima dan mengkaji ringkasan projek (project's brief)
  3. Melawat tapak projek
  4. Menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) reka bentuk terperinci
  5. Menyediakan lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications)

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Arkitek J41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Arkitek J41

Saya gemar membaca majalah kejuruteraan berbanding majalah hiburan
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Saya tidak boleh menerima kegagalan
A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Saya menerima kritikan walaupun tidak menyukainya
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

Saya mudah berasa bosan
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

Kritikan boleh menghalang prestasi kerja
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Saya tidak mengambil tahu tempoh tamat mengguna sesuatu barang yang dibeli
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

Saya boleh menyesuaikan diri dengan cepat di tempat kerja yang baru
A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya

Jika saya diarah melakukan sesuatu tanpa panduan terperinci, saya akan usahakan juga sehingga berjaya
A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

Jika saya gagal beberapa kali, saya tidak mencuba lagi
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

Saya seorang yang tidak suka berjenaka
A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

Berjenaka boleh membantu mengurangkan tekanan
A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

Menyelesaikan masalah perlukan kepada kemahiran komunikasi
A. Ya
B.Tidak
C. Tidak Pasti

Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

Jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dibalas dengan perkara yang baik juga.
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

Saya amat mudah berasa takut
A. Ya
B. Tidak

Saya suka apabila ada ramai di sekeliling saya
A. Ya
B. Tidak


Rujukan Persediaan Ujian Psikometrik Terkini 2024
Persiapkan diri anda dengan menggunakan pakej rujukan Ujian Psikometrik Tim Infokerjaya ini. Ada lebih 200 contoh soalan, dan lengkap jawapan disertai huraian untuk pemahaman calon.

Rahsia Untuk Lulus Penilaian Ujian Psikometrik SPA

Gunakan rujukan ini sebagai satu kelebihan dari calon-calon ujian yang lain. Serius nak pastikan anda benar-benar bersedia untuk Psikometrik SPA, tempah rujukan ini di butang disediakan di bawah: