Panduan Peperiksaan Online SPA - Tips Kestabilan Internet

Setiap calon terutama lepasan ijazah atau graduan yang memohon perjawatan menerusi portal SPA9 mengimpikan untuk mendapat tempat perjawatan dalam sektor Perkhidmatan Awam Malaysia. Namun, peluang yang terbuka untuk semua berkelayakan ini adalah terhad. Ini adalah kerana jumlah yang memohon sesuatu jawatan adalah sangat tinggi berbanding dengan kekosongan perjawatan yang disediakan.

Calon yang terpilih untuk ke peringkat Peperiksaan Online SPA atau PSEE adalah calon yang telah melepasi saringan awal dari sudut kelayakan minima akademik dan juga penglibatan dalam kurikulum.

Panduan Peperiksaan Online SPA

Panduan Peperiksaan PSEE SPA

Calon yang berjaya ke peperiksaan online dan berjaya melepasi syarat penilaian seterusnya akan dipanggil samada untuk ujian fizikal atau temuduga.

Maka, melepasi tahap penilaian ketika peperiksaan online atau PSEE terutama Ujian Psikometrik adalah perkara atau peringkat yang sangat penting. Satu peluang yang tidak boleh dipersiakan oleh calon.

Ramai calon yang tidak mengetahui atau mungkin kurang mengambil cakna bahawa salah satu sebab calon gagal melepasi merit penilaian adalah kurangnya perhatian terhadap kestabilan capaian internet.

Panduan Memastikan Kestabilan Capaian Internet Semasa Peperiksaan Online SPA

Panduan Kestabilan Internet - Peperiksaan Online SPA (PSEE)

Panduan ringkas ini adalah bagi membantu calon di dalam persediaan menduduki Peperiksaan Online SPA. Terdapat beberapa faktor utama yang dikenalpasti menyebabkan gangguan terhadap capaian internet. Diantaranya adalah seperti berikut:

1. Virus, Malware, Spyware

Sekiranya dijangkiti, sistem pengoperasian komputer boleh terganggu dan gagal beroperasi dengan baik. Ini juga boleh menyebabkan gangguan terhadap capaian internet.

Pencegahan: Guna antivirus yang diyakini selamat. Sila scan komputer anda dan pastikan pattern antivirus yang digunakan adalah terkini.

2. Browser (add on dan plugin terlalu banyak)

Sesetengah plugin atau add on adalah spyware. Ini boleh memudaratkan prestasi kelajuan capaian ke internet komputer anda.

Pencegahan: Anda boleh menggunakan tetapan default setting bagi browser masing-masing.

Contoh:

i. Internet Explorer: internet option > Advanced > Reset Internet Explorer settings
ii. Chrome: Setting > Reset Settings

Penggunaan browser Mozilla, Google Chrome, Internet Explorer dan Safari adalah yang dicadangkan bagi capaian ke Sistem Peperiksaan Online SPA atau Sistem PSEE.

3. Kuota Internet (Pengguna Broadband)

Jika kuota internet anda telah hampir mencapai had maksimum, ini boleh mengakibatkan gangguan capaian internet semasa menduduki Peperiksaan OnlineSPA/PSEE.

Pencegahan: Sila pastikan kuota capaian internet anda mencukupi sebelum menduduki Peperiksaan Online SPA.

4. Windows Firewall

Penggunaan Windows Firewall adalah satu cara untuk mengelak dari sebarang ancaman penceroboh. Namun sekiranya tetapan firewall rules yang dilakukan tidak menepati keperluan dan kegunaan seharian, ia boleh mengganggu sistem komputer anda.

Pencegahan: Sila pastikan firewall rules, tidak mengganggu aplikasi rangkaian internet yang sering digunakan.

5. Fungsi Auto Update Perisian

Banyak perisian sekarang yang mempunyai fungsi auto update dari internet secara percuma mahupun berbayar. Proses ini boleh mengganggu prestasi kelajuan capaian internet anda.

Pencegahan: Gunakan msconfig untuk menetapkan setiap program yang jarang anda gunakan supaya tidak autorun pada masa startup. Anda boleh menyemak semula senarai service (dari administrative tools – dalam control panel) yang diprogramkan untuk larian secara auto. Sekiranya tidak perlu, disable service tersebut.

Dipanggil ke Ujian Psikometrik SPA?
Gunakan rujukan khusus keluaran Tim Infokerjaya untuk persediaan Peperiksaan Online SPA - Ujan Psikometrik. Satu-satunya rujukan dengan contoh soalan (lengkap huraian jawapan) yang terbukti memberi kelebihan kepada calon peperiksaan!!

Untuk persediaan Ujian Psikometrik SPA, gunakan rujukan ini - Rujukan Psikometrik 2024

Klik link untuk tempahan segera. Buat persediaan awal, jangan tunggu saat akhir!!