Deskripsi Tugas Jururawat U29

Kejururawatan antara kerjaya yang dinamik dan sentiasa berkembang seiring kemajuan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan perawatan bagi memenuhi keperluan serta kehendak dunia perubatan semasa. Ia satu bidang kerjaya yang mencabar dan memerlukan kesabaran, disiplin serta pengorbanan yang besar.

Kerjaya Jururawat adalah satu bidang kerjaya yang mulia, yang mementingkan satu aspek penting dan utama iaitu 'caring attitude' atau sikap mengambil berat. Trait personaliti inilah yang paling utama akan dinilai dalam peperiksaan online Ujian Psikometrik pemilihan seorang jururawat.

Deskripsi Tugas Jurujawat Gred U29

Deskripsi Tugas Peranan Jururawat U29

Prosesion Jururawat di dalam sektor perkhidmatan awam terdiri daripada beberapa gred perjawatan iaitu U29, U32, dan U36. Untuk melayakkan seseorang memohon jawatan ini, calon perlulah memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang kejururawatan.

Calon yang mempunyai kelayakan akan perlu mengambil satu peperiksaan online (PSEE) iaitu Ujian Psikometrik bagi menentukan kesesuaian calon. Ujian ini yang merupakan ujian kendiri akan membuat penilaian psikologi dan juga personaliti (minat dan kecenderungan). Ia penting untuk memastikan hanya calon yang benar-benar mempunyai trait personaliti yang sesuai dipilih untuk jawatan ini. Calon yang berjaya melepasi ujian psikometrik akan seterusnya ditemuduga dalam saringan terakhir.

Kecenderungan ini akan merujuk kepada keupayaan calon menggalas tugas dan peranan seorang jururawat, berikut adalah deskripsi tugas bagi Jururawat U29 sepertimana tergaris di laman Kementerian Kesihatan Malaysia:

Perawatan Kesihatan Keluarga
  • Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
  • Perkhidmatan lawatan ke rumah.
  • Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
  • Perkhidmatan perancang keluarga.
  • Pendidikan kesihatan.
Latihan
  • Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.
Menyelia
  • Menyelia pekerja-pekerja 'Auxilliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
  • Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.
Pentadbiran
  • Mentadbir klinik.
  • Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
  • Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
  • Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.
Tugas-tugas Jururawat Di Hospital
  • Penjagaan Pesakit
    • Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
    • Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
    • Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
    • Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.
  • Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
  • Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
  • Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
  • Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.


Semoga info dan maklumat ini bermanfaat dan dapat dijadikan panduan untuk mereka yang berminat memilih kejururawatan sebagai kerjaya. Ia satu kerjaya yang mulia dan menjadi aset penting barisan hadapan negara.

Kerjaya ini juga mempunyai skop dan pengembangan kerjaya yang agak baik. Malah, ada ramai jururawat yang berkemahiran ditawarkan kerja di sektor swasta dengan tangga gaji lebih lumayan, terutama apabila perlu berkhidmat di luar negara.

Kerjaya Jururawat - Pekerjaan Mulia Bergaji Lumayan

Dipanggil Untuk Ujian Psikometrik SPA Jururawat U29?

Dapatkan pakej Rujukan Ujian Psikometrik versi 2024 keluaran Tim Infokerjaya. Rujukan dalam bentuk ebook dan mengandungi lebih 200 contoh soalan lengkap huraian jawapan untuk persediaan sebelum peperiksaan sebenar.Tempah rujukan ini di butang disediakan di bawah: