15 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguat Kuasa KPDN

Bagaimana bentuk soalan Psikometrik untuk jawatan Penguat Kuasa KPDN ini? Adakah ia akan menekankan soal ketegasan? Adakah soalan ujian akan banyak bertanyakan mengenai penyelesaian masalah? Adakah soalan Psikometrik bersifat teknikal?

Tiada siapa yang dapat menjangkakan soalan Psikometrik bagi jawatan Penguat Kuasa ini, baik untuk gred KP41, KP29 mahupun KP19. Soalan adalah secara rawak namun ia bakal merangkumi segala aspek diperlukan untuk menjawat jawatan Penguat Kuasa.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguat Kuasa KPDN

Soalan Ujian Psikometrik Penguat Kuasa

Untuk memastikan calon menepati ciri dikehendaki bagi menjawat jawatan ini, soalan-soalan akan ditanya berdasarkan kepada ciri-ciri diperlukan sebagai seorang penjawat awam berjawatan Penguat Kuasa:

  • Profesional
  • Komited
  • Integriti
  • Adil
  • Unggul
  • Amanah
  • Setia
Tugas Tanggungjawab Penguat Kuasa KPDN

Berikut pula adalah teras utama tugasan dan tanggungjawab seorang Penguat Kuasa KP41, KP29 dan KP19:

  • Menguatkuasakan undang-undang untuk meningkatkan etika peniaga.
  • Menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi pengguna.
  • Menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras ketirisan barang kawalan .
  • Melaksanakan tadbir urus organisasi penguatkuasaan cemerlang.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguat Kuasa


1. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam
A. Sangat Tidak Setuju
B. Agak Tidak Setuju
C. Tidak Setuju Mahu Pun Setuju
D. Agak Setuju
E. Sangat Setuju

2. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

3. Saya tidak mengambil tahu tempoh tamat mengguna sesuatu barang yang dibeli

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

4. Saya seorang yang pemaaf

A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

5. Saya tidak akan membandingkan harga barangan jika terdesak untuk menggunakannya

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

6. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu

A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

7. Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga

A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

8. Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

9. Saya masih akan menolong rakan saya walaupun dia tidak membalas budi saya.

A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

10. Jika saya gagal beberapa kali, saya tidak mencuba lagi

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

11. Apabila dimarahi, saya akan melenting

A. Ya
B. Tidak Pasti
C. Tidak

12. Bagi membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat, saya akan mencari peluang untuk lebih dekat dengan mereka

A. Ya
B. Tidak

13. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti

A. Ya
B. Tidak

14. Setiap tugas yang saya lakukan perlu disiapkan tepat pada waktunya

A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya 
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya

15. Bersikap tolak ansur tidak membawa kejayaan

A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

Daripada 15 contoh soalan di atas, adakah ia secara tepat mampu mencerminkan diri anda yang sebenar?

Untuk info, faktor kejayaan calon di dalam Ujian Psikometrik Penguat Kuasa KPDN adalah kejujuran dan konsistensi. Faktor ini sangat penting dalam memastikan calon mempunyai integriti tinggi selain mampu melaksanakan fungsi dan tanggungjawab sebagai seorang Penguat Kuasa.

Pakej Rujukan Ujian Psikometrik 2024

Pakej Rujukan Ujian Psikometrik Terkini 2024

Bagi membantu calon untuk lebih bersedia, selain memahami pelbagai lagi bentuk soalan dan pilihan jawapan, kami mengesyorkan untuk mendapatkan pakej rujukan Ujian Psikometrik 2024 yang disediakan oleh Tim Infokerjaya.

Pakej rujukan ini boleh dijadikan latihan menjawab soalan sebelum ujian sebenar bagi mana-mana peperiksaan online melibatkan pelbagai gred jawatan Penguat Kuasa. Malah, ada beberapa tips penting yang perlu calon ketahui bagi memastikan calon mampu Melepasi Tahap Penilaian yang telah ditetapkan.

Untuk tempahan rujukan ini,  boleh terus ke pautan disediakan di bawah ini:


Hanya link di atas sahaja yang sah untuk tempahan online pakej rujukan Tim Infokerjaya. Jangan sesekali mendapatkannya di platform lain seperti Shopee atau Lazada.

Semoga berjaya.