Rujukan Persediaan Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Tahniah buat anda yang telah berjaya melepasi tapisan Ujian Psikometrik dan Programme Assessment Centre (PAC) Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Anda kini terpilih sebagai salah seorang calon yang bakal berhadapan sesi temuduga PTD. 

Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini. Anda seharusnya merasa bangga kerana telah melepasi tapisan dan kini selangkah lebih hampir ke perjawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41.

Rujukan Persediaan Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

Persediaan Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik

Jawatan PTD adalah antara jawatan paling popular yang dipilih ramai graduan menerusi sistem SPA9. Ia merupakan perjawatan yang mempunyai prospek cerah untuk pengembangan kerjaya di dalam sektor awam.

Pemilihan calon untuk ke perjawatan Pegawai Tadbir Diplomatik agak berbeza dengan perjawatan lain di dalam Skim Perkhidmatan Awam Malaysia. Ia melibatkan beberapa proses dan peringkat sebelum calon yang berjaya diberikan tempat sebagai seorang PTD gred M41.

Salah satu peringkat untuk pemilihan calon sebelum diberikan tempat untuk jawatan ini adalah menerusi temuduga. Hanya calon yang melepasi Ujian Psikometrik dan PAC sahaja akan berpeluang untuk proses temuduga ini.

Biasanya temuduga ini akan berkisar berkaitan dengan jawatan dipohon, antara soalan yang popular dalam temuduga PTD ini adalah 'Kenapa anda mahu menjadi seorang PTD' dan berkaitan pengalaman kerja sebelum ini.

Soalan juga akan berkisar mengenai ciri-ciri atau personaliti diri anda, yang sememangnya jawapan yang perlu sepadan dengan apa yang anda jawab dalam penilaian Ujian Psikometrik.

Untuk membantu anda sebagai calon PTD ini, kami syorkan untuk mengguna-pakai pakej Rujukan Persediaan Temuduga PTD yang dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya.

Jika anda masih lagi belum ada apa-apa persediaan untuk temuduga ini, boleh dapatkan pakej rujukan ini menerusi link disediakan di bawah ini.

Rujukan Temuduga PTD 2024


Pastikan anda buat persediaan yang penting sebelum temuduga PTD sebenar. Guna rujukan ini, kerana ia terbukti dapat membantu ....