Peranan dan Tugas Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik atau PTD merupakan antara perjawatan popular dan sering menjadi pilihan utama untuk para graduan yang baru menamatkan pengajian peringkat ijazah. Ia satu perjawatan yang mempunyai peluang yang cerah untuk pengembangan kerjaya dalam perkhidmatan awam.

Oleh yang demikian, untuk anda yang mungkin berhasrat untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini, anda perlu tahu bidang tugas dan peranan yang akan dipikul sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).

Peranan dan Tugas Seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Peranan dan Tugas PTD M41

Menurut laman web rasmi EZSkim SPA, amnya tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah merancang, menggubal, melaksana dan memantau dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi.

Selain itu, seorang PTD juga bertanggungjawab dalam pengurusan dan perlaksanaan dasar dalam sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, selain terbabit dalam perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Jadi, memang besar peranan yang dimainkan oleh seorang PTD dalam pentadbiran negara. Dan jawatan ini ditempatkan dalam pelbagai kementerian, jabatan mahupun agensi kerajaan yang mempunyai fungsi serta matlamat berbeza.

Apa yang dipaparkan di atas hanyalah sebagai panduan am mengenai tugas, peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Ia bagaimanapun bergantung dengan fungsi keseluruhan perkhidmatan yang dilaksanakan di pelbagai kementerian/jabatan/agensi.

Untuk memastikan anda layak dan mempunyai kelebihan untuk jawatan ini, lihat beberapa cirian yang disenaraikan di bawah ini seperti mana dipaparkan di laman web EZSkim SPA:

  1. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah yang diiktiraf.
  2. Berkemahiran dalam bidang ICT. 
  3. Kualiti interpersonal yang tinggi, mampu memberikan pendapat secara profesional, mengemukakan hujah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang luas.
  4. Kemahiran yang cemerlang dalam komunikasi lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. 
  5. Penguasaan Bahasa Asing.

Berikut pula adalah beberapa sifat-sifat yang bersesuaian dengan jawatan PTD ini, sepertimana dinyatakan dalam EZSkim SPA:
  • Integriti.
  • Esprit de Corps. 
  • Akauntabiliti.
  • Profesionalisme. 
  • Kreatif dan inovatif. 
  • Adil dan saksama. 
  • Kerahsiaan. 
  • Disiplin.
  • Jati diri.
  • Kompetensi tinggi.

Sifat-sifat yang disenaraikan ini akan dijadikan panduan dalam penilaian UJIAN PSIKOMETRIK SPA untuk pemilihan calon bersandarkan kepada kecenderungan dan minat. Ujian tersebut akan menyisihkan calon yang layak berdasarkan kepada merit yang diperoleh untuk penetapan sifat-sifat positif seperti di atas.

Wajib Lulus Ujian Psikometrik SPA - Pegawai Tadbir & Diplomatik

Calon wajib lulus atau melepasti tahap penilaian psikometrik sebelum diterima untuk ke peringkat seterusnya iaitu temuduga sebelum diambil sebagai Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Bagi Mengikuti Program Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam INTAN

Peranan yang dimainkan oleh seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik memang luas, besar dan penting dalam pentadbiran negara. Oleh yang demikian, ia menjadi tanggungjawab penting untuk SPA memilih calon yang benar sesuai dengan tugas dan peranan PTD ini.

Malah, peranan PTD boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan negara. Dan sudah semestinya cara pemilihan ini akan disesuaikan dengan kehendak semasa.

Rujukan Psikometrik - Kadet Pegawai Tadbir Diplomatik INTAN

Rujukan Psikometrik - Kadet PTD Intan 2023


Buat anda yang terbabit dengan penilaian psikometrik SPA untuk jawatan ini, kami mengesyorkan anda membuat latihan mengenal potensi diri anda untuk disalingkaitkan dengan sifat-sifat penting yang perlu untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

Anda boleh gunakan pakej rujukan Ujian Psikometrik disediakan oleh Tim Infokerjaya yang mengandungi lebih 200 contoh soalan ujian yang disertakan sekali dengan jawapan serta huraian untuk pemahaman calon.

Rujukan ini boleh membantu dalam membina keyakinan selain membantu menzahirkan trait personaliti diperlukan sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang diperlukan.

Tempahan rujukan boleh dibuat sekarang sebelum peperiksaan sebenar Ujian Psikometrik PTD 2023. Gunakan pautan disediakan di bawah untuk tempahan segera. Rujukan dalam bentuk PDF dan link muat-turun akan diberikan menerusi email setelah tempahan disahkan.