10 Soalan Killer Temuduga Pegawai Kerajaan Gred 41

Ramai gagal dalam temuduga kerana ketidakmampuan calon untuk menjawab soalan penemuduga dengan baik. Punca ketidakmampuan ini adalah kurangnya persediaan dilakukan oleh calon sebelum hadir ke temuduga.

Malah, ramai yang secara sambil lewa ambil mudah berkenaan penyediaan resume untuk temuduga, penyediaan dokumen penting, selain tidak melakukan sebarang penyelidikan mengenai jawatan yang dipohon.

10 Soalan 'Killer' Dalam Temuduga Menjadi Pegawai Kerajaan


Ramai calon yang memohon kerja kerajaan terutama untuk jawatan Pegawai Kerajaan (gred 41) yang tidak melepasi tapisan temuduga kerana berasa terlalu yakin, terutama calon yang mempunyai pengalaman kerja sebelum ini.

Walaupun pengalaman itu menjadi satu bonus penting untuk calon, tetapi jika ia tidak dipersembahkan dengan baik, ia berkemungkinan menjadi punca atau sebab kegagalan dalam temuduga kerja Pegawai Kerajaan.

Maka, kemampuan untuk berkomunikasi dan menjawab soalan temuduga dengan baik adalah sangat penting.

Kami kongsikan 10 soalan yang biasa ditanya dalam temuduga kerja kerajaan untuk jawatan Pegawai Kerajaan gred 41. Soalan ditanya adalah bersandarkan kepada penilaian psikometrik sebelum ini, selain daripada kelayakan akademik yang disertakan dalam SPA9 dan resume yang disediakan calon.

Jom lihat 10 soalan ini yang dianggap sebagai soalan 'killer' dalam temuduga kerja kerajaan.

Terangkan Tentang Diri Anda?
Apakah Kelemahan Terbesar Anda?
Anda Sudah Bekerja! Mengapa Anda Memohon Jawatan Ini?
Apakah Sikap Positif & Negatif Diri Anda?
Apa Kelebihan Anda Berbanding Calon Lain?
Kenapa Anda Mahu Kerja Dengan Kerajaan?
Apa Pendapat Rakan Sekerja Anda Tentang Diri Anda?
Apakah Pencapaian Terbesar Anda?
Apa Alasan Anda Untuk Berhenti Di Tempat Kerja Lama?
Apa Anda Nak Buat Kalau Pekerja Bawahan Anda Malas?


Jika dilihat pada soalan-soalan, sekali pandang, ia boleh dijawab dengan baik (pada ketika ini). Tetapi, keyakinan ini jarang dibawa ke temuduga sebenar.

Suasana dan keadaan jauh berbeza.

Contohnya soalan berkaitan sikap. Calon perlu pastikan sikap positif yang diberikan semasa menjawab Ujian Psikometrik dibawa ke sesi temuduga. Kemungkinan akan ada soalan-soalan sama seperti di dalam Ujian Psikometrik yang akan dibawa ke sesi ini.

Soalan mengenai alasan berhenti kerja di tempat kerja lama perlu dijawab dengan memberikan kelebihan-kelebihan bekerja dalam sektor perkhidmatan awam, yang mana tidak ada pada pekerjaan lama.

Elakkan menyatakan sesuatu yang menampakkan kelebihan di tempat kerja lama.

Untuk temuduga Pegawai Kerajaan gred 41, soalan berkaitan tanggungjawab kepada organisasi, kepada 'team work', kepada staff bawahan akan ditanya untuk melihat sejauh mana ketegasan dan kebolehan anda mengetuai sesuatu pasukan atau organisasi.

Jika boleh, semasa temuduga kerja menjadi Pegawai Kerajaan ini, elakkan memberikan jawapan yang sama pada soalan-soalan diajukan. Jika sama, ini menunjukkan calon tidak mempunyai pengetahuan yang meluas selain tidak menampakkan minat yang jitu untuk jawatan dipohon.

Apa perlu dilakukan bagi mengelakkan kegagalan dalam temuduga kerja kerajaan untuk jawatan Gred 41 dalam perkhidmatan awam?

  • Kenal-pasti jawatan dipohon, jangan silap antara seorang Arkitek dengan Pegawai Perancang Bandar atau Pegawai Penguatkuasa dengan Pegawai Pertahanan Awam. Pastikan tahu perbezaan tanggungjawab dan skop perjawatan.
  • Buat latihan menjawab soalan temuduga. Adanya persediaan seperti ini akan memudahkan calon selain menghindarkan kegugupan ketika disoal penemuduga.
  • Dapatkan info penting yang perlu diketahui oleh seorang Pegawai Kerajaan, seperti carta organisasi, cabang organisasi, jika terlibat dengan sebarang akta/undang-undang - ambil maklum secara am fungsinya, ambil tahu mengenai proses-proses dalam menjalankan tugas dan perkara lain yang berkaitan dengan skop kerja.
  • Pastikan dokumen dan resume disediakan dengan susunan yang baik, jelas dan mudah dibaca.
  • Penampilan perlu bersesuaian.
  • Ambil maklum juga tentang tatacara ditemuduga - menunjukkan hormat, cara menjawab, cara duduk dan sebagainya.

Apa yang dinyatakan di atas cuma sebahagian 'kerja rumah' yang perlu dilakukan sebelum temuduga. Calon bukan sahaja kena tahu perkara sebelum temuduga, tetapi juga semasa ditemuduga dan selepas ditemuduga.

Untuk membantu calon lebih memahami temuduga kerja kerajaan ini, disyorkan untuk menggunakan panduan Rahsia Temuduga Kerja Kerajaan yang diterbitkan oleh Tim Infokerjaya. Ia merupakan panduan yang terbaik dan lengkap untuk calon temuduga kerja kerajaan.

Info lanjut mengenai pakej persediaan temuduga ini, boleh rujuk ke link disediakan di bawah:


Semoga membantu.