Malah, tugasan seorang Penolong Pegawai Psikologi turut melibatkan institusi luar serta masyarakat setempat. Dan untuk gred jawatan yang lebih tinggi, tanggungjawab diperluas sehingga membabitkan pembabitan NGO dan organisasi antarabangsa.
Skop dan Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Psikologi S29
Bagi mereka yang bercita-cita menjawat jawatan ini, perlu ada pengetahuan mengenai psikologi dan kaunseling, selain berkemahiran dalam menguruskan pelaksanaan program-program
psikologi/ kaunseling.
Penolong Pegawai Psikologi juga perlu mempunyai pengetahuan dalam menyediakan laporan keberkesanan pelaksanaan sesuatu program dan mampu mengendalikan ujian psikologi.
Skop tugasan seorang Penolong Pegawai Psikologi gred S29 termasuklah:
- Membantu dalam menyediakan khidmat rundingan dan konsultasi.
- Membantu melaksanakan program pembangunan, pencegahan dan pemulihan klien.
- Membantu kaunselor menyediakan program bagi mempertingkatkan kompetensi dan profesionalisme Penolong Pegawai Psikologi.
- Membantu melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran berkaitan dengan perkhidmatan psikologi dan kaunseling di kementerian/ jabatan.
- Membantu dalam menyediakan laporan program-program psikologi dan kaunseling di kementerian/ jabatan.
- Membantu menguruskan dan menyimpan semua fail dan rekodklien yang dikategorikan sebagai sulit seperti laporan sesi kaunseling untuk tindakan susulan dan statistik.
- Membantu melaksanakan sistem pemantauan maklumat pegawai (SISPEMA) di kementerian/ jabatan.
- Membantu memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada semua warga kementerian/ jabatan melalui penyediaan.
Sifat-Sifat Bersesuaian Dengan Jawatan
Melihat kepada skop tugasan, jawatan ini memerlukan seseorang yang berkemahiran mengenalpasti masalah individu atau organisasi dan ini sekaligus memerlukan seseorang yang ada kemahiran komunikasi dan hubungan interpersonal yang baik.
- Berpengetahuan kendiri.
- Berpengetahuan luas dan berfikiran terbuka.
- Berkeperibadian dan berkeyakinan yang tinggi.
- Pendengar yang baik, sabar, mesra, prihatin, peka, jujur dan ikhlas.