20 Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19

Dipanggil untuk mengambil Ujian Psikometrik bagi jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional gred DV19? Mahu mencari contoh-contoh soalan ujian sebagai persediaan sebelum peperiksaan online sebenar Ujian Psikometrik SPA?  

Tips untuk melepasi penilaian ujian ini adalah dengan banyak melakukan latihan menjawab contoh-contoh soalan Psikometrik. Kenapa? Supaya anda mampu mengenalpasti soalan yang cenderung kepada jawatan sebagai Pembantu Pegawai Latihan Vokasional.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19

Contoh Soalan Psikometrik DV19

Ujian Psikometrik adalah satu bentuk penilaian untuk mengetahui kecenderungan, minat, integriti dan kesesuaian calon kepada jawatan. Ia adalah penilaian secara kendiri, di mana calon perlu menjawab dengan jujur dan konsisten setiap soalan disediakan.

Calon yang mahu melepasi tahap penilaian perlu menjawab semua soalan dan memberikan jawapan yang paling tepat tentang diri calon. Calon dinasihatkan supaya menjawab dalam persekitaran yang tenang dan aman serta bebas dari pengaruh orang lain.

Ramai calon yang gagal kerana kurangnya melakukan persediaan sebelum peperiksaan, dan mengambil sikap sambil lewa memandangkan semua soalan adalah soalan objektif berkaitan keperibadian dan pendapat calon.

Walaupun tiada soalan atau jawapan yang salah di dalam ujian ini, namun setiap soalan dan juga jawapan membawa pemberat merit berbeza yang akan dihimpunkan menjadi skor terakhir untuk menentukan calon lulus atau melepasi tahap penilaian.

Soalan nampak mudah, tetapi ada soalan yang disediakan hanya untuk mengelirukan calon.

Jom tengok beberapa contoh soalan psikometrik untuk jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional gred DV19 ini.

20 Contoh Soalan Latihan Ujian Psikometrik Pembantu Pegawai Latihan Vokasional

1. Saya selesa membuat rancangan sendiri tanpa gangguan dan cadangan orang lain

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

2. Saya mudah berasa bosan

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

3. Saya boleh menerima kegagalan

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju

4. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah

A. Sangat Tidak Setuju
B. Agak Tidak Setuju
C. Tidak Setuju Mahu Pun Setuju
D. Agak Setuju
E. Sangat Setuju

5. Saya hanya bertegur sapa dengan orang yang saya kenali

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

6. Jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah bertanya kepada orang lain

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju

7. Walaupun di mana saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

8. Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

9. Setiap tugas yang saya lakukan perlu disiapkan tepat pada waktunya

A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya 
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya

10. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal

A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya 
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya

11. Saya mencari punca kesilapan atas sesuatu kegagalan

A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya 
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya

12. Saya jarang menyalahkan orang lain atas sesuatu kegagalan

A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya 
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya

13. Saya besabar jika tindakan gagal menyelesaikan masalah

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

14. Saya akan memastikan keputusan yang telah saya ambil adalah betul

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

15. Kritikan boleh meningkatkan prestasi kerja

A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

16. Saya tidak marah jika ada seseorang mengkritik kerja saya

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

17. Saya tidak menceritakan hal mereka kepada orang lain

A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

18. Ada masanya saya mengumpat

A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

19. Saya tahu atau mahu belajar cara menyelia kerja-kerja orang lain

A. Ya
B. Tidak pasti
C. Tidak

20. Bagai Aur dengan Tebing

A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

21. Lebih banyak latihan meningkatkan keyakinan

A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

22. Saya tidak suka melakukan kerja-kerja teknikal

A. Sangat Tidak Setuju
B. Agak Tidak Setuju
C. Tidak Setuju Mahu Pun Setuju
D. Agak Setuju
E. Sangat Setuju


Bagaimana? Boleh berikan jawapan terbaik untuk setiap soalan disediakan di atas? Soalan-soalan disediakan ini sesuai dalam penilaian trait diperlukan untuk jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional mahupun jawatan yang ada kaitan dengan pembelajaran.

PERSEDIAAN UJIAN PSIKOMETRIK SPA

Jadikan diri anda sebagai calon yang bersedia. Usah bazirkan masa dan wang untuk mendapatkan soalan latihan Psikometrik lapuk - tanpa huraian jawapan. Dapatkan kelebihan dari calon lain menerusi rujukan Tim Infokerjaya yang lengkap disertakan huraian jawapan terperinci untuk pemahaman anda.

Rujukan dengan 200+ Soalan Latihan Psikometrik dengan harga RM40 Sahaja!! Terbukti telah membantu puluhan ribu calon beroleh kejayaan sejak 2009!

Dapatkan pakej rujukan ini sekarang menerusi pautan - [Tempah Rujukan Psikometrik].

Bina keyakinan diri dengan menjawab banyak contoh-contoh soalan ujian psikometrik. Lebih banyak latih-tubi dilakukan, lebih senang anda memahami bentuk soalan dan mampu memberikan jawapan yang tepat bagi memenuhi permintaan perjawatan.

Kena ingat, saingan untuk jawatan dalam kerajaan adalah tinggi. Jadi, pihak SPA menjalankan ujian ini adalah ujian untuk menyingkirkan seberapa ramai calon yang boleh.

Pastikan anda bukan calon yang terkandas.

Selamat berjaya.