Panduan dan tips temuduga yang akan dikongsikan ini khas untuk mereka yang akan hadiri sesi temuduga Separa Perubatan. Ianya telah dikongsikan oleh salah seorang calon yang akhirnya berjaya menjawat jawatan yang dipohon menerusi Latihan Separa Perubatan kelolaan SPA.
9 Tips Temuduga Separa Perubatan
Berikut adalah 9 tips temuduga untuk Latihan Separa Perubatan yang dikongsikan secara am. Baca dan hadam.
1. Anda mesti bersedia dari segi soalan yang bakal ditanya. Sebagai contoh saya fokuskan untuk latihan pegawai perubatan sahaja. Anda mesti tahu soalan-soalan yang bakal ditanya dan sebagainya.
Caranya anda boleh searchgoogle atau bertanyakan kawan yang dah ada pengalaman dalam temuduga tersebut.
2. Dari segi pakaian, anda mesti memakai baju kameja lengan panjang dan seluar slack hitam sahaja. Tetapi, anda mesti specifikan lagi cara pemakaian tersebut. Pilih warna baju kemeja yang sesuai untuk environment kerja yang anda minta. Contoh untuk latihan pegawai perubatan, warna baju yang sesuai adalah warna putih.
3. Untuk apa jua temuduga sekali pun, jangan sesekali memakai baju yang terang-berderang seperti warna kuning dan sebagainya. Ini akan menyakitkan mata ahli panel temu duga tersebut.
4. Tujuan temu duga adalah untuk ahli panel mengenal pasti bakal pekerja yang di ambil. Jadi, tunjukkan sikap yang mesra dan tunjukkan yang anda betul-betul minat dengan kerja tersebut.
Tetapi jangan terlalu mesra sehingga bergelak ketawa. Nanti ia menjadi tidak formal.
5. Jangan bersandar pada kerusi dan anda jangan bermain jari ketika di temuduga.
Apa yang saya perhatikan semasa temuduga tersebut, ahli panel melihat pada jari saya untuk beberapa kali. Letakkan tangan anda di paha sahaja dan duduk dalam keadaan yang tegap tetapi sedikit membongkok.
6. Mata jangan meliar sana sini untuk melihat ruangan bilik temuduga. Ahli panel mungkin berfikir anda seorang yang cepat gementar atau cepat berasa tidak selesa. Mata fokus pada ahli panel yang bertanya.
7. Semasa nak duduk di atas kerusi, jangan sesekali tarik kerusi tersebut ke depan atau ke belakang. Duduk dengan tenang dan penuh tertib.
8. Semasa pengakhiran sesi temuduga, anda WAJIB bertanyakan satu sahaja soalan. Ini akan menguatkan lagi pada fikiran mereka yang anda betul-betul minat dengan kerja tersebut.
Tak tahu nak tanya soalan? Guna soalan ni untuk mana-mana temuduga sekalipun. “Boleh terangkan dengan lebih detail lagi apa yang perlu saya buat jika saya berjaya mendapat kerja ini?”
9.Semasa hendak keluar dari bilik temuduga, pastikan anda bersalam dengan ahli panel yang sama jantina. Tidak perlu cium tangan.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan anda persediaan untuk hadapi temuduga kerja .. terutama untuk jawatan di dalam Separa Perubatan.
Kongsikan jika perlu.