Contoh Soalan Temuduga Arkitek Landskap Gred J41
- Merancang, menyedia, menyelaras dan melaksanakan taman-taman awam dan kemudahan rekreasi serta landskap di seluruh negara dan memastikan ianya direkabentuk dan dibina dengan baik, praktikal dan selamat.
- Menyediakan dasar, akta, garis panduan dan maklumat perancangan, pembinaan dan pengurusan landskap.
- Menyelaras perancangan program pembangunan landskap dengan menggunakan perkhidmatan sokongan sistem maklumat dan komputerisasi yang bersesuaian dan mudah sampaian maklumat.
- Memastikan pembangunan landskap menepati piawaian, garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan.
- Menyediakan khidmat nasihat perancangan dan teknikal pembangunan landskap yang profesional.
- Menyediakan khidmat nasihat dan manual penyelenggaraan landskap yang efisyen bagi setiap projek pembangunan landskap yang disediakan.
- Menyediakan perancangan untuk membangun dan mengemaskini program pemuliharaan landskap yang bertujuan untuk mengekal, memulihara dan memperkayakan sumberjaya landskap negara.
12 Contoh Soalan Temuduga Arkitek Landskap J41
Baik. Sekarang anda sudah ada sedikit pengetahuan mengenai skop perjawatan bagi Arkitek Landskap J41 ini, sekarang mari kita lihat beberapa contoh soalan temuduga yang pernah ditanyakan dalam sesi temuduga jawatan ini:
1. Sebutkan nama penuh dan latar belakang anda.
2. Apakah tugas sebagai Arkitek Landskap bagi Gred J41?
3. Anda belajar dalam bidang apa?
4. Apa yang anda faham dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa, pindaan 1995?
5. Adakah anda mempunyai kemahiran dalam bidang rekabentuk bantuan komputer atau CAD?
6. Mengapa Arkitek Landskap J41 lebih tertumpu kepada rekabentuk persekitaran luaran?
7. Apakah beza Arkitek Landskap dengan Pegawai Perancangan Bandar?
8. Cuba sebutkan 3 daripada skop tugas tipikal dan tugas utama selain merancang dan merekabentuk landskap.
9. Boleh kami tahu, apakah organisasi yang memerlukan perkhidmatan ini selain daripada JKR?
10. Seorang arkitek landskap memerlukan ciri-ciri seperti kreatif dan mempunyai daya pemerhatian yang tajam, boleh kami tahu mengapa?
11. Siapakah Pengarah di jabatan ini?
12. Apakah misi dan visi Jabatan ini yang dalam pengetahuan anda?
Soalan-soalan di atas merupakan antara soalan yang pernah ditanya kepada calon sebelum ini. Ia berdasarkan perkongsian beberapa calon yang pernah melalui temuduga ini (masa dan tarikh berbeza).
Tips Penting Untuk Lulus Temuduga
- Kenal dahulu jawatan yang dipohon.
- Jangan sesekali menjawab tidak tahu, cuba sebaik mungkin untuk menjawab walaupun anda tidak pasti jawapan anda benar atau salah.
- Ambil maklum mengenai bahasa tubuh. Elakkan pergerakan yang tidak perlu semasa ditemuduga.
- Sentiasa menjawab dengan memaling muka ke arah yang bertanya.
- Jawab dengan bahasa ditanya, jika disoal dalam bahasa Inggeris, maka jawab dalam bahasa Inggeris.