Terlibat dengan peperiksaan online PSEE Ujian Psikometrik Akauntan WA41? Tak tahu lagi mengenai format ujian dan bentuk-bentuk soalan yang bakal ditanya? Masih mencari contoh-contoh soalan psikometrik berkaitan dengan jawatan ini?
Tahniah kerana dipanggil untuk penilaian Ujian Psikometrik bulan ini. Ujian ini dijalankan untuk menapis calon yang berkelayakan dari segi kecenderungan dan minat serta sahsiah. Objektifnya ialah mendapatkan calon yang mempunyai integriti dan bertanggungjawab, dan paling penting bersesuaian dengan skop tugasan seorang Akauntan WA41.
Ujian Psikometrik Jawatan Akauntan WA41
Seorang Akauntan gred WA41 dalam Perkhidmatan Awam Malaysia bertanggungjawab mereka bentuk, membangun dan melaksanakan sistem perakaunan kerajaan dengan baik. Memberi khidmat nasihat dan meluluskan sistem perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik. Memberi nasihat kepada pembuat keputusan berkaitan perakaunan dan kewangan.
Untuk jawatan ini, biasanya kebolehan berikut akan diberikan keutamaan:
- Tugas perakaunan kewangan memerlukan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran perakaunan yang tinggi.
- Keupayaan melakukan kajian penyelidikan dan penganalisaan serta perbandingan dengan penetapan amalan piawaian perakaunan oleh agensi kerajaan dan badan profesional.
- Tahap kecekapan yang tinggi dalam menentukan/ menyediakan laporan berkenaan pindahan peruntukan dan belanjawan.
- Kemahiran berkomunikasi dengan baik dengan anggota bawahan dan pelanggan lain.
Contoh-Contoh Soalan Ujian Psikometrik Akauntan WA41
Tips Menjawab PSEE Akauntan WA41
- Jujur.
- Amanah.
- Tekun.
- Bertanggungjawab.
- Berminat.
- Berdedikasi.