Percuma - 30 Soalan Latihan Ujian Psikometrik SPA 2023

Masih lagi mencari soalan latihan percuma untuk latih-tubi penilaian Ujian Psikometrik? Di sini kami ada menyediakan 25 soalan latihan untuk ujian ini bagi kegunaan calon. Soalan disediakan adalah secara am, dan ia sesuai digunakan untuk semua peringkat dan gred jawatan.

Ada soalan latihan yang disediakan berdasarkan kepada soalan-soalan sebenar yang pernah keluar di dalam sesi ujian sebelum ini. Malah, ada soalan-soalan yang sama muncul di dalam beberapa sesi ujian jawatan berbeza.

30 Contoh Soalan Latihan Penilaian Psikometrik SPA

Soalan Latihan Percuma Ujian Psikometrik SPA

Berikut adalah antara contoh-contoh soalan Ujian Psikometrik yang ada di antaranya merupakan soalan sebenar yang diambil daripada penilaian psikometrik sebelum ini. 30 soalan latihan percuma ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk persediaan awal ujian ini.

Soalan diberikan di dalam pelbagai bentuk dan situasi, dan seperti dilihat, ada pelbagai pilihan jawapan diberikan. Untuk tips menjawab soalan ujian ini, boleh rujuk pada post - 4 Tips Penting Hadapi Penilaian Ujian Psikometrik 

1. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

2. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah
A. Sangat tidak setuju
B. Agak tidak setuju
C. Tidak setuju mahupun setuju
D. Agak setuju
E. Sangat setuju

3. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

4. Saya suka memberi ceramah
A. Ya
B. Tidak pasti
C. Tidak

Soalan sebenar PSEE Penilaian Psikometrik SPA 2023


5. Saya tahu atau mahu belajar cara menyelia kerja-kerja orang lain.
A. Ya
B. Tidak pasti
C. Tidak

6. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam
A. Sangat tidak setuju
B. Agak tidak setuju
C. Tidak setuju mahupun setuju
D. Agak setuju
E. Sangat setuju

7. Impresi pertama mempengaruhi pendapat seseorang
A. Sangat tidak setuju
B. Agak tidak setuju
C. Tidak setuju mahupun setuju
D. Agak setuju
E. Sangat setuju

8. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

9. Saya akan menjerit atau menangis apabila saya rasa tertekan
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

10. Saya mudah merasa bosan
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

Soalan Sebenar Psikometrik SPA

11. Saya keluar rumah tanpa memberitahu ahli keluarga.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

12. Saya peka kepada perubahan persekitaran
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

13. Amalan membuang sampah ke dalam tong sampah adalah menjadi tabiat yang baik bagi saya
A. Sangat tidak setuju
B. Agak tidak setuju
C. Tidak setuju mahupun setuju
D. Agak setuju
E. Sangat setuju

14. Saya tidak suka keadaan yang hiruk-pikuk atau bising
A. Sangat tidak setuju
B. Agak tidak setuju
C. Tidak setuju mahupun setuju
D. Agak setuju
E. Sangat setuju

15. Saya lebih banyak mendengar dari berkata-kata
A. Tidak pernah
B. Kadang-kadang
C. Tidak pasti
D. Sangat kerap
E. Kerap

16. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya dengan baik
A. Tidak pernah
B. Kadang-kadang
C. Tidak pasti
D. Sangat kerap
E. Kerap

17. Apabila satu tugasan saya gagal, saya akan meminta bantuan rakan sekerja yang lain
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

18. Mengangkat bendera putih dianggap menyerah kalah
A. Sangat tidak setuju
B. Agak tidak setuju
C. Tidak setuju mahupun setuju
D. Agak setuju
E. Sangat setuju

19. Berdoa adalah satu amalan yang baik setelah berusaha
A. Sangat tidak setuju
B. Agak tidak setuju
C. Tidak setuju mahupun setuju
D. Agak setuju
E. Sangat setuju

20. Berdoa adalah satu amalan yang baik sebelum berusaha bersungguh-sungguh
A. Sangat tidak setuju
B. Agak tidak setuju
C. Tidak setuju mahupun setuju
D. Agak setuju
E. Sangat setuju

21. Saya sentisa bersikap positif dalam apa jua keadaan
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

22. Saya mudah merasa kecewa apabila dimarahi
A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya

23. Saya akan membuat aduan dan laporan jika ternampak salah-laku
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah

24. Saya suka diberikan perhatian ketika memberikan pandangan
A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

25. Saya seorang pendengar yang baik
A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

Soalan Sebenar Psikometrik SPA 2023

26. Ada masanya saya mengumpat.
A. Ya
B. Tidak

27. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal
A. Ya
B. Tidak

28. Jika saya merendah diri, saya akan dipandang rendah.
A. Ya
B. Tidak

29. Saya mudah cemburu.
A. Ya
B. Tidak

30. Saya akan memberikan hadiah kepada rakan yang dinaikkan pangkat walaupun saya fikir tidak layak.
A. Ya
B. Tidak

Nak Lagi Contoh Soalan Ujian Psikometrik?
Anda boleh melihat beberapa lagi contoh soalan ujian psikometrik yang agak berlainan dengan apa yang diberikan di atas, boleh ke tajuk post ini untuk 30 soalan tambahan ujian penilaian psikometrik - 30 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pelbagai Jawatan

Untuk makluman, semua soalan adalah betul, begitu juga dengan pilihan jawapan. Di dalam ujian penilaian ini, tiada salah atau betul. Ini adalah kerana ia bergantung pada personaliti sebenar calon, bukan kerana ia bersifat positif atau negatif.

Pihak SPA tidak lagi memandang nilaian sifat dengan cara begini, tetapi bergantung kepada pemberat merit bagi setiap soalan yang telah disediakan. Dengan kata lain, apajua jawapan diberikan oleh calon, ia akan memberikan markah merit tertentu.

Jumlah markah merit inilah yang akan menentukan samada calon melepasi julat merit keseluruhan yang telah ditetapkan oleh Jabatan atau Kementerian berkenaan. - Melepasi Tahap Penilaian Psikometrik.

Semoga berjaya.


Mahu lebih banyak contoh soalan Ujian Psikometrik terkini versi 2023? Boleh muat-turun menerusi link di bawah:



Kesemua 200+ soalan disediakan jawapan dan huraian. Huraian jawapan diberikan untuk calon memahami konsep soalan ditanya, dan bagaimana ia boleh mendedahkan ciri persoanaliti anda. Buat latih-tubi sekarang dan gunakan pakej rujukan soalan latihan psikometrik ini. Disediakan oleh Tim Infokerjaya.