Berikut adalah ciri-ciri atau trait penting bagi jawatan ini; seorang yang berketerampilan dan berpengetahuan, mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan baik dan berkesan, memiliki perwatakan yang baik serta mesra dan boleh bekerjasama, seorang yang berfikiran terbuka dan bersedia membuat anjakan paradigma selain mempunyai minat yang mendalam dalam mengajar.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pengajar Gred U41
Photo by cottonbro studio: pexels.com
Saya tahu atau mahu belajar cara menyelia kerja-kerja orang lain
A. Ya
B. Tidak pasti
C. Tidak
Saya suka memberi ceramah
A. Ya
B. Tidak pasti
C. Tidak
Demi memastikan kejayaan rakan saya dalam akademik, saya sebagai rakan yang setia sanggup membimbingnya
A. Ya
B. Tidak pasti
C. Tidak
Bila saya merasa letih, saya akan menyambung kerja yang sedang saya lakukan pada hari esok walaupun tugasan tersebut sangat mustahak
A. Ya
B. Tidak pasti
C. Tidak
Saya akan menjadi lebih tegas apabila berpuas-hati dengan kualiti kerja seseorang
A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya
Setiap tugas yang saya berikan perlu disiapkan tepat pada waktunya
A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya
Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah
A. Sangat tidak setuju
B. Agak tidak setuju
C. Tidak setuju mahupun setuju
D. Agak setuju
E. Sangat setuju
Saya tidak peduli jika kawan saya gagal
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah
Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah
Merasa orang tidak menyukai saya
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah
Teguran dan nasihat saya diterima
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah
Tips Menjawab Psikometrik Pengajar Gred U41
Lihat pada soalan berikut:
Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah
A. Sangat tidak setuju
B. Agak tidak setuju
C. Tidak setuju mahupun setuju
D. Agak setuju
E. Sangat setuju
Jawapan yang dicadangkan adalah:
E. Sangat setuju
Sebagai seorang tenaga pengajar, adalah satu trait yang bagus untuk mengetahui sesuatu masalah yang berlaku pada orang lain terutama melibatkan anak didik yang diajar. Lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan pengajaran yang diberikan.
Maka, bertanya adalah antara solusi yang boleh dibuat sebagai meningkatkan lagi tahap penyampaian pengajaran.
Semoga bermanfaat.