Untuk memastikan anda ada kelebihan daripada calon-calon lain, kami mengesyorkan kepada anda untuk mendapatkan pakej rujukan contoh soalan yang merupakan satu-satunya pakej rujukan yang mempunyai update percuma selama 3 tahun. Malah, ia satu-satunya rujukan yang proven dan terbukti membantu ratusan ribu calon peperiksaan online kerja kerajaan sejak 2019 sehingga kini.
Rujukan Contoh Soalan Psikometrik Jawatan Penolong Pegawai gred 29
Ujian Psikometrik adalah merupakan penilaian kendiri yang diwujudkan untuk membantu para calon mengenal-pasti kecenderungan mereka terhadap jawatan yang dipohon. SPA menggunakan penilaian ini bagi mencari calon yang benar-benar layak serta memenuhi syarat attitud atau personaliti di samping kemahiran-kemahiran interpersonal lain yang sesuai dengan tugas serta tanggungjawab perjawatan.
Soalan-soalan dalam ujian ini diberikan pemberat atau skor merit yang berbeza sesuai dengan nilai atau trait yang ingin dicari. Tiada betul atau salah dalam jawapan. Malah, boleh dianggap semua jawapan adalah betul namun diberikan penilaian merit berbeza. Katakan jawapan Ya adalah lebih berat skor meritnya berbanding Tidak atau mungkin sebaliknya. Dan bagi soalan yang ada pilihan jawapan yang lebih banyak, setiap jawapan tersebut ada skor meritnya, mungkin 1-10 atau 5-10.
Contoh-Contoh Soalan Psikometrik
Jom tengok beberapa contoh soalan Psikometrik yang disesuaikan untuk jawatan Penolong Pegawai gred 29 ini.Demi memastikan kejayaan rakan saya dalam akademik, saya sebagai rakan yang setia sanggup membimbingnya
A. Ya
B. Tidak
Peringatan pegawai lain untuk meletakkan buku di tempat asal selepas penggunaan adalah tidak disukai oleh saya
A. Ya
B. Tidak
Bagi membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat, saya akan mencari peluang untuk lebih dekat dengan mereka
A. Ya
B. Tidak
Saya boleh menyesuaikan diri dengan cepat di tempat kerja yang baru
A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya
Saya tidak peduli jika kawan saya gagal
A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya
Saya selesa membuat rancangan sendiri tanpa gangguan dan cadangan orang lain
A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju
Cepat berpuas-hati dengan hasil titik-peluh
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah
Saya sedia menerima ganjaran kecil walaupun perlu melakukan kerja yang berat
A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju
Saya seorang yang pemaaf
A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju
Saya seorang yang menepati masa
A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju
Saya menerima alasan daripada rakan yang tidak menepati janji
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah
Pepatah 'Bersatu Teguh Bercerai Roboh' tidak sesuai pasa masa kini
A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju
Saya boleh menyesuaikan diri dengan orang yang tidak sehaluan dengan saya
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah
Saya sukar memulangkan semua barang yang dipinjam sepertimana dijanjikan
A. Sangat kerap
B. Kerap
C. Tidak pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak pernah