Jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional DG29 berada di bawah kumpulan pelaksana dan bertanggungjawab dalam membantu Pegawai Latihan melaksanakan tugas-tugas berkaitan latihan kemahiran vokasional.
Calon yang berkelayakkan akan menjalani ujian Psikometrik untuk menilai samada sesuai dan berkebolehan memikul tanggungjawab yang telah dinyatakan.
Info Psikometrik Penolong Pegawai Vokasional DG29
Bagi memastikan hanya calon yang sesuai menjawat jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional, calon perlu melepasi jumlah markah merit keseluruhan yang ditetapkan dalam ujian Psikometrik SPA.
Adalah sangat penting, calon yang dipanggil untuk menjalani ujian psikometrik mengenal-pasti tugas dan tanggungjawab jawatan, selain memastikan mempunyai ciri-ciri atau trait personaliti yang diperlukan bagi menjawat jawatan yang dipohon.
Ujian Psikometrik akan menguji calon samada mempunyai trait-trait personaliti ini - sesuai atau tidak dengan jawatan.
Antara ciri penting untuk menjawat jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional termasuklah bertanggungjawab, bersedia untuk bekerja secara berpasukan, ada kemahiran menyelia, serta paling penting mempunyai minat dalam mengajar dan memberikan latihan selain mesra kepada persekitaran terutama pelajar.
Deskripsi Huraian Tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional DG29
- Melaksanakan tugas-tugas berkaitan latihan kemahiran, mengenal pasti dan menghasilkan produk dan perkhidmatan.
- Merancang dan menjalankan aktiviti promosi bagi meningkatkan jualan produk dan perkhidmatan. Menjalankan penyelidikan (R&D) bagi pembangunan latihan kemahiran dan pembangunan produk/ perkhidmatan.
- Membantu melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan tugas mengajar, pengendalian latihan vokasional, pengendalian kemudahan latihan, tatacara dan program keselamatan dan kebersihan, pengendalian pelajar dan kemahiran penyeliaan.