Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
Panduan Ujian Psikometrik - Bentuk dan Contoh Soalan 'Ya' atau 'Tidak'
Salah satu bentuk soalan yang biasanya ditanya di dalam penilaian psikometrik ialah soalan yang menyediakan jawapan mudah, iaitu Ya atau Tidak.
Biasanya, soalan sebegini akan ditanya samada di awal ujian atau di akhir set soalan ujian psikometrik. Ia bertujuan untuk menentu-sahkan segala jawapan yang diberi samada selepas soalan Ya atau Tidak ditanya atau sebelum ia ditanya.
Boleh dikatakan ia adalah penilaian atas kejujuran anda, dan juga konsistensi memberikan jawapan kendiri.
Jom tengok beberapa contoh soalan berkenaan yang menyertakan jawapan Ya atau Tidak ini.
- Saya suka bekerja sendiri. (Ya / Tidak)
- Saya memberikan tumpuan penuh kepada tugas yang diberikan semasa kerja. (Ya / Tidak)
- Saya gemar menggunakan idea ciptaan diri sendiri (Ya / Tidak)
- Saya menyampah melihat orang merokok (Ya / Tidak)
- Saya suka mengumpat (Ya / Tidak)
- Saya meminati kerjaya yang mencabar (Ya / Tidak)
- Saya suka bekerja lebih masa (Ya / Tidak)
- Saya boleh bekerja lebih masa tanpa bayaran (Ya / Tidak)
- Saya seorang yang jujur (Ya / Tidak)
- Saya jarang bercakap bohong (Ya / Tidak)
- Keputusan yang dibuat dalam kerja kumpulan mengambil kira pandang kesemua ahli. (Ya / Tidak)
- Berikhtiar mencapai visi dan misi merupakan tanggungjawab yang diberikan (Ya / Tidak)
- Befikir di luar kotak adalah kelebihan saya (Ya / Tidak)
- Berkhidmat untuk mendapat manfaat (Ya / Tidak)
- Berkhidmat untuk memberikan manfaat (Ya / Tidak)
- Maklumat perlu yang terkini walaupun tidak ditentusahkan (Ya / Tidak)
- Suka bergerak dalam kumpulan (Ya / Tidak)
- Suka mempunyai bilik kerja sendiri (Ya / Tidak)
- Bekerja di dalam pasukan adalah lebih baik daripada sendirian (Ya / Tidak)
- Saya sentiasa menyokong penuh usaha kerajaan (Ya / Tidak)
Soalan-soalan seperti contoh di atas kemungkinan akan ada saling-kait dengan beberapa soalan lain dalam set soalan ditanya menerusi Ujian Psikometrik.
Contohnya, soalan 1, 2, 11, 12, 13, 17, 19 mungkin akan mempunyai pemberat yang saling-kait dengan soalan seperti di bawah ini. Pemberat adalah merit yang ada pada setiap soalan dan pilihan jawapan.
Saya sentiasa memberikan pendapat semasa perbincangan bersama rakan sekerja
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah
Saya selalu memberikan peluang untuk orang lain menyatakan pandangan mereka
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah
Jadi, anda perlu berhati-hati dengan soalan-soalan ringkas dan mudah seperti menjawab Ya atau Tidak. Ini adalah kerana ia mungkin akan mengelirukan anda apabila tiba pada soalan yang seolah-olah nampak lain tetapi cuba menilai trait perwatakan yang sama.
Konsisten pada jawapan. Tidak boleh jawap semborono.
Kena ingat, penilaian ini adalah untuk memilih siapa yang paling layak dengan jawatan dipohon.
Semoga panduan ini membantu.