Nak Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Tak?

Tahniah!  Anda dipanggil untuk hadir temuduga kerja kerajaan. Anda dah selangkah ke depan berbanding calon lain yang terkandas di PSEE. 

Sekarang, tentu anda risau jika tak lulus dalam temuduga kan? Rugilah bila sudah melepasi tahap penilaian psikometrik mahupun ujian aptitud PSEE tapi sangkut pada peringkat akhir ini. Rugi. Pasti kecewa nanti!

Persediaan Penting Untuk Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Cara Nak Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Sejak beberapa bulan ni, ramai calon yang dipanggil ke Ujian Psikometrik. Ramai yang berjaya melepasi tahap penilaian ujian ini. Jika anda salah seorang yang berjaya, kami ucapkan syabas dan tahniah!

Anda ingat lagi apa yang disoal dalam Ujian Psikometrik tak? 

Aha, anda kena ingat kembali trait-trait penilaian yang dinilai dalam ujian tempoh hari. Lagi bagus, jika anda masih ingat soalan-soalan yang ditanya. Sebab apa?

Sebab kemungkinan soalan yang sama juga akan ditanya dalam sesi temuduga anda kelak. Ujian Psikometrik adalah ujian untuk mengetahui kejujuran anda, dan kejujuran ini akan diuji kembali dalam sesi temuduga.

Awas, jika jawapan anda berikan dalam Psikometrik tak sama dengan jawapan yang anda berikan pada penemuduga. Naya nanti. Paling buruk, baru beberapa minit ditemuduga, segala dokumen yang anda sertakan menjadi tidak bernilai di mata penemuduga. Nangis sia-sia!

Semak Online Samada Terpilih Temuduga Dahulu 

Perkara pertama bila anda menerima tawaran temuduga ialah membuat semakan tarikh, masa dan tempat temuduga anda. 

Ada calon yang tersilap tarikh dan tempat. Kesilapan seperti ini tidak patut berlaku. SPA dah banyak kali ulang mengenai kesilapan calon yang begini - tidak semak dan ambil sambil lewa mengenai perkara penting ini.

Semak, samada anda dipanggil temuduga kerja kerajaan atau tak? Boleh semak kat sini;

Kabel Untuk Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Guna kabel? 

Jangan cepat melatah. Kabel yang dimaksudkan di sini ialah dokumen-dokumen sampingan dan yang dapat bantu anda dalam permohonan kerjaya kerajaan yang anda pohon.

Dan sekali lagi, biarlah dokumen anda itu tersusun dengan baik. Biar ikut susunan dan turutan, sesuai dengan perjalanan akademik dan pengalaman kerjaya anda (jika ada). Jika boleh, tampilkan 'kabel' yang menyerlahkan trait-trait personaliti yang diperlukan untuk kerjaya yang dipohon.

Ingat lagi mengenai ujian psikometrik? Tahu kan mengenai bidang tugas dan skop kerjaya? Kena ambil tahu dahulu bab deskripsi tugasan ini. Biar faham dan kenal jawatan.

Anda kena tampil dalam penuh kesediaan. Biar nampak anda bersungguh dan mahu menjadi calon yang terbaik untuk jawatan yang dipohon. 

Mesti perform masa temuduga. Baik di atas kertas mahupun ketika sesi soal-jawab. 

Tak mau jadi calon biasa-biasa. Biar Abas dan Sapiah sahaja yang menjadi calon biasa-biasa tu.

Abas dan Sapiah seperti anda juga menerima ucapan tahniah dan dipelawa untuk ditemuduga. Cuma mereka pernah beberapa kali dapat panggilan. Malangnya, mereka sehingga kini tidak melepasi apa yang dikehendaki oleh pihak penemuduga.

Sebab mereka sudah beberapa kali ditemuduga, mereka cuma buat persediaan ala kadar. Mereka rasa dan berharap dapat lulus. Ya, dengan harapan untuk sukses masa temuduga.

Berharap tak jadi apa-apa kalau tidak melakukan sebarang homework. Berharap tak jadi apa-apa, andai kesilapan lalu tidak dijadikan panduan dan pedoman. Sia-sia datang.

Ramai yang seperti Abas dan Sapiah ni. Akhirnya mereka kecundang. Merungut beberapa kali lepasi tapisan tetapi sangkut pada peringkat temuduga. Kata mereka ...."Ni semua guna kabel orang dalam".

Tapi, bila tanya balik, apa persediaan mereka buat untuk temuduga tu, apa pun tak buat !! Konfiden boleh lulus sebab dah datang banyak kali, tapi bila gagal, menyalahkan kabel yang konon-kononnya diguna oleh calon lain.

Pemikiran beginilah yang membuatkan mereka gagal dalam temuduga sebenarnya. Mereka mungkin berjaya di peringkat Ujian Psikometrik tetapi nyata tiada kejujuran sebenar yang mereka buktikan.

Jangan Judikan Peluang Emas

Temuduga adalah peluang keemasan. Bukan semua calon berjaya sampai ke tahap ini.

Anda berani gamble, perjudikan peluang yang diberikan ini? Pada peringkat ini, anda perlu tampil menyerlah daripada calon-calon lain yang ditemuduga. Kena ingat, anda bukan seorang sahaja dipanggil. Ada ramai calon lain.

Jangan ikut jejak langkah Abas dan Sapiah. Walaupun nama itu sekadar watak rekaan, tetapi ramai je calon yang seperti mereka.

Baik.

Ambil kata-kata kami, nasihat yang serupa diberikan oleh Pegawai SPA sewaktu sesi Hari Terbuka SPA - Jangan ambil mudah dan buat sambil lewa.

Perlu ada persediaan dan persiapan, baik sebelum, semasa dan selepas temuduga.

Persediaan dan persiapan yang bagaimana yang perlu dilakukan?

Persediaan Temuduga Kerja Kerajaan


Kami syorkan anda dapatkan pakej rujukan yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya. Satu-satunya rujukan yang LENGKAP dan KOMPREHENSIF. Nyata puas-hati dengan segala tips, contoh soalan dan pelbagai lagi 'aset' untuk anda berketrampilan sewaktu temuduga kerja kerajaan.

Nak rasa konfiden biar ada asas. Ada rujukan, lebih mudah untuk anda susun strategi bagi menghadapi penemuduga yang rata-rata mahu anda disingkirkan KECUALI jika anda benar layak dengan jawatan dipohon.

Anda nak lulus, mesti usaha lebih. Tak boleh duduk diam. Gunakan rujukan di bawah .... kami syorkan anda buat tempahan sekarang, sebab banyak perkara anda perlu tahu!!!

Pakej Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan