Amnya, tugas dan tanggungjawab seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U11 adalah membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekodkan data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.
Deskripsi Tugas Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
Tugas seorang Pembantu Perawatan Kesihatan sememangnya satu tugas yang mencabar tetapi murni. Ia bukan satu tanggungjawab yang mudah, apatah lagi perlu berhadapan dengan pelbagai karenah masyarakat yang memerlukan rawatan dan bantuan kesihatan.
Tahukah anda, skop fungsi dan bidang tugas Pembantu Perawatan Kesihatan meluas, melibatkan tugas-tugas am dan juga khusus? Berikut kami kongsikan skop tugasan tersebut sebagai panduan dan rujukan:
Tugas Am
- Mengemas katil, menukar kain dan sarung bantal yang kotor.
- Mengambil makanan dari dapur serta membantu memberi makanan kepada pesakit.
- Menyuapkan makanan kepada pesakit yang tiada upaya.
- Membersihkan mangkuk dan talam selepas pesakit makan.
- Memberi dan membersihkan bekas-bekas najis yang digunakan oleh pesakit.
- Menghantar bekas-bekas ubat dan memungut ubat-ubatan dari farmasi.
- Mengutip contoh spesimen dan menghantar ke Makmal Kaji Penyakit (Makmal Patologi).
- Mengiringi pesakit untuk rawatan/rujukan/siasatan seperti ke jabatan/unit kepakaran/pengimejan, fisioterapi dan lain-lain.
- Menghantar mayat ke bilik/rumah mayat.
- Membantu dalam memeriksa alat kelengkapan supaya berada dalam keadaan baik, selamat dan boleh digunakan.
- Membersihkan alat kelengkapan perubatan yang telah digunakan.
- Menjalankan tugas-tugas despatch.
- Membantu tugas-tugas memeriksa inventori di stor ubat dan bukan ubat.
- Membantu pesakit apabila diperlukan seperti mengiringi ke tandas dan sebagainya.
- Memastikan keselamatan dan kebersihan wad/unit/jabatan tempat bertugas.
- Melaksanakan tugas-tugas dalam pengendalian kematian (last office).
- Membantu pegawai dalam prosedur pemeriksaan, ujian dan rawatan pesakit (menemani pesakit).
Tugas Khusus
- Memberi orientasi kepada pesakit yang baru dimasukkan ke wad.
- Mengambil dan merekod sukatan tinggi, berat badan, suhu badan,pernafasan dan nadi pesakit.
- Memberikan rawatan pemakanan melalui tiub di bawah pengawasan pembantu perubatan/jururawat.
- Melakukan sponging ke atas pesakit apabila diarah oleh Pembantu Perubatan/Jururawat.
- Membuat prosedur ringan dalam penjagaan mulut.
- Mencukur pada bahagian pesakit yang hendak dibedah.
- Membantu dalam menyukat dan merekod intake & output pesakit.
- Mengangkat dan mengubah kedudukan pesakit.
- Membantu dalam penyediaan alat-alat perubatan seperti:
- Memasang alat-alat pernafasan (ventilators).
- Memasang alat suction.
- Menukar tangki gas oksigen yang kosong.
- Membantu tugas-tugas dalam keadaan kecemasan seperti:
- Menyediakan keperluan dan peralatan intravena.
- Mengepam ambu bag.
- Memberi oksigen - nasal dan mask.
- Melakukan suction.
- Melakukan Kardiopulmonari Resussitasi Asas.
- Membuat dressing yang mudah.
- Mengambil contoh urin, najis dan kahak serta melabel dengan betul dan menghantar ke makmal.
- Melakukan tugas asas pembersihan dan pembasmian - concurrent and terminal infection di mana perlu.
- Mengemas dan membersihkan peralatan selepas setiap prosedur dan membuang sisa-sisa klinikal mengikut protokol.
- Membantu dalam program pendidikan kesihatan pesakit.
Kebolehan Yang Diutamakan
- Berpakaian kemas dan bersesuaian dengan kerja.
- Sopan dan berbudi bahasa.
- Berkebolehan berkomunikasi dengan berkesan.
- Berkebolehan mengurus masa.
- Berkebolehan membuat catatan dan merekod dengan berkesan.
Sifat-Sifat Sesuai Dengan Jawatan
- Bersih, cekap dan amanah.
- Sabar.
- Bertanggungjawab.
- Bekerjasama.
- Kompeten dan teliti.
- Fizikal yang sihat dan cergas.