10 Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Seorang Pembantu Perawatan Kesihatan bertanggungjawab dalam membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

Untuk pengetahuan, jawatan ini mempunyai dua tanggungjawab, iaitu tanggungjawab am dan tanggungjawab khusus. Tanggunjawab am adalah seperti mengemas katil, menukar kain dan sarung bantal di dalam wad, membersihkan alat kelengkapan perubatan, menjalankan tugas-tugas despatch, membantu tugas-tugas memeriksa inventori stor dan pelbagai lagi.

Manakala untuk tugasan khusus antaranya seperti mengambil dan merekod sukatan tinggi, berat badan, suhu badan, pernafasan dan nadi pesakit, memberikan rawatan pemakanan, membuat prosedur ringan dalam penjagaan mulut, mencukur pada bahagian pesakit yang hendak dibedah, membantu dalam menyukat dan merekod intake & output pesakit dan macam-macam lagi.

Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Rujukan Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Jika dilihat daripada deskripsi dan huraian tugas bagi jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan gred U11; sememangnya ia merupakan satu tanggungjawab yang memerlukan calon mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Apatah lagi ia melibatkan pengurusan pesakit.

Selain daripada perlu mempunyai kesabaran yang tinggi, jawatan ini memerlukan calon mempunyai beberapa ciri kesusaian berikut:

Kebolehan yang Diutamakan (Pengetahuan/Kemahiran)

  1. Berpakaian kemas dan bersesuaian dengan kerja.
  2. Sopan dan berbudi bahasa.
  3. Berkebolehan berkomunikasi dengan berkesan.
  4. Berkebolehan mengurus masa. 
  5. Berkebolehan membuat catatan dan merekod dengan berkesan.

Sifat-sifat Bersesuaian dengan Jawatan

  1. Bersih, cekap dan amanah.
  2. Sabar. 
  3. Bertanggungjawab.
  4. Bekerjasama. 
  5. Kompeten dan teliti.
  6. Fizikal yang sihat dan cergas

Contoh Soalan Ujian Psikometrik untuk Pembantu Perawatan Kesihatan U11


1. Pesanan ibu bapa boleh membantu saya dalam membuat keputusan

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

2. Saya tidak perlu mempunyai banyak pilihan untuk menyelesaikan sesuatu masalah

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

3. Jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah bertanya kepada orang lain

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju

4. Saya mudah merasa kecewa

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

5. Setelah menonton cerita seram, saya merasa ketakutan untuk beberapa hari

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

6. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah

A. Sangat Tidak Setuju
B. Agak Tidak Setuju
C. Tidak Setuju Mahu Pun Setuju
D. Agak Setuju
E. Sangat Setuju

7. Saya seorang yang peramah

A. Sangat menggambarkan diri saya
B. Menggambarkan diri saya
C. Agak menggambarkan diri saya 
D. Tidak menggambarkan diri saya
E. Sangat tidak menggambarkan diri saya

8. Berbaris untuk membayar bil adalah sesuatu yang menyusahkan

A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tidak setuju

9. Peringatan pegawai lain untuk meletakkan buku di tempat asal selepas penggunaan adalah tidak disukai oleh saya

A. Ya
B. Tidak

10. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti

A. Ya
B. Tidak

Soalan-soalan Ujian Psikometrik akan 'menerjah' dan menentu-sahkan ciri-ciri kecenderungan calon untuk jawatan ini. Calon perlu menjawab dengan jujur semua soalan dan memilih jawapan yang terbaik yang mencerminkan diri calon.

Bagi mengelakkan calon tidak melepasi merit penilaian, calon dinasihatkan untuk menjawab kesemua soalan dengan memberikan jawapan yang konsisten, terutama kepada soalan yang 'berbeza pandangan'.

Semoga berjaya.

Untuk lebih banyak tips menjawab dan mendapatkan lebih banyak contoh soalan Ujian Psikometrik (dengan jawapan), boleh layari laman Rujukan Psikometrik 2023