Contoh-Contoh Soalan PSEE Psikometrik Pembantu Laut A19

Masih mencari contoh-contoh soalan Ujian Psikometrik untuk PSEE Penilaian Psikometrik SPA bagi pjawatan Pembantu Laut A19? Jika anda merupakan calon yang terlibat, usah gusar kerana kami ada menyediakan beberapa contoh soalan untuk anda.

Ujian Psikometrik merupakan ujian saringan yang diwujudkan untuk memilih calon yang paling cenderung dengan jawatan, bersandarkan kepada kecenderungan, minat, keperibadian serta beberapa aspek personaliti yang khusus untuk jawatan ini.

Pembantu Laut Gred A19

Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Laut A19

Ujian penilaian psikometrik adalah ujian yang sangat penting di mana calon akan melakukan penilaian kendiri, yang bersangkutan dengan ciri-ciri personaliti, termasuklah kekuatan mental, emosi, daya tahanan serta kebolehan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Pembantu Laut gred A19.

Untuk info, jawatan Pembantu Laut bertanggungjawab untuk membantu melicinkan perjalanan urusan pendaftaran dan keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membantu dalam membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.

Sifat-sifat yang penting untuk jawatan Pembantu Laut adalah:

  • Kreatif, tekun dan sabar
  • Minat untuk meningkat pengetahuan di dalam industri perkapalan
  • Menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang berbeza seperti bertugas di luar kawasan pejabat
  • Mampu menunjukkan sikap kepimpinan yang baik


Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Laut A19

1. Impresi pertama mempengaruhi seseorang 

A. Sangat Tidak Setuju
B. Agak Tidak Setuju
C. Tidak Setuju Mahu Pun Setuju
D. Agak Setuju
E. Sangat Setuju

2. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam

A. Sangat Tidak Setuju
B. Agak Tidak Setuju
C. Tidak Setuju Mahu Pun Setuju
D. Agak Setuju
E. Sangat Setuju

3 Jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah bertanya kepada orang lain

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Kurang Setuju
D. Setuju
E. Sangat Setuju

4. Saya tidak mengambil tahu tempoh tamat mengguna sesuatu barang yang dibeli

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

5. Saya mudah berasa bosan

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-kadang
E. Tidak Pernah

6. Konsep 'Bagai Aur dengan Tebing' seharusnya diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

7. Saya sentiasa yakin dengan keputusan saya walaupun ramai rakan memberikan cadangan lain

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

8. Apabila saya sedar kesilapan yang telah dilakukan, saya akan berikhtiar untuk berubah

A. Ya
B. Tidak

9. Walaupun saya tidak mahir dalam sesuatu perkara, saya selalu berkelakuan seperti seorang yang pandai

A. Ya
B. Tidak

10. Bagi membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat, saya akan mencari peluang untuk lebih dekat dengan mereka

A. Ya
B. Tidak

11. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti

A. Ya
B. Tidak

Cara Menjawab Soalan Psikometrik

Sedarkah anda bahawa soalan 1 dan soalan 10 adalah bersangkutan?

Jawapan yang tepat untuk soalan 1 adalah Sangat Tidak Setuju. Ini adalah kerasa sebagai seorang Pembantu Laut, adalah tidak sesuai membuat andaian mengenai keperibadian orang lain pada pertama kali bertemu.

Apatah lagi, jawatan ini akan terbabit dengan beberapa prosedur laut yang melibatkan dengan orang ramai.

Soalan 10, jawapannya ialah Ya. Sepertimana soalan 1 tadi, bagi mengenali seseorang yang baharu atau orang yang baru ditemui, adalah penting untuk membina satu hubungan interpersonal. Lalu menidakkan jawapan 'Sangat Setuju' pada soalan 1.

Soalan 11 adalah soalan berkaitan ciri penting untuk seorang Pembantu Laut. Seseorang yang bakal terlibat dengan perkara-perkara teknikal apatah lagi melibatkan keselamatan perjalanan pengangkutan laut, adalah sangat penting menjawab 'Ya' iaitu berada dalam keadaan sentiasa teliti dan sistematik.

Jika seorang Pembantu Laut bersikap sambil lewa atau tidak mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan, kemungkinan ia akan memudaratkan perkara yang dipertanggungjawab (lihat fungsi tugas).

Baik, semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan panduan untuk menghadapi ujian ini nanti. Penilaian ini adalah penilaian yang bakal melihat samada calon Melepasti Tahap Psikometrik atau tidak.

Maka, jawablah dengan berhati-hati. Buat latih-tubi lebih banyak contoh soalan dan pastikan jawapan diberikan sentiasa konsisten dengan soalan.

Semoga berjaya.

Mahu dapatkan lebih banyak contoh-contoh soalan Psikometrik terkini 2023? Boleh terus ke link ini - https://bit.ly/psikometrik2023