10 Soalan Latihan Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G29

Jawatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 adalah merupakan jawatan yang berada di dalam kumpulan pelaksana di bawah Jabatan/Kementerian Pertanian ataupun, untuk sesetengah perkhidmatan dipertanggungjawabkan di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri, di agensi berkaitan pertanian kelolaan kerajaan negeri.

Amnya, skop tugasan seorang Penolong Pegawai Pertanian gred G29 adalah membantu merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog, kursus/latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian.

Soalan Latihan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G29

Ujian Psikometrik Penolong/Pegawai Pertanian

Ujian Psikometrik bagi jawatan gred G29 memerlukan calon yang memenuhi kriteria sahsiah yang baik seperti berikut:

  1. Mempunyai disiplin diri yang positif.
  2. Berketerampilan baik dan kemas.
  3. Semangat kerja berpasukan dan kerjasama yang tinggi.
  4. Sentiasa fokus kepada tugas yang dipertanggungjawabkan.
  5. Bersedia menerima beban tugas yang lebih mencabar.
  6. Komitmen kerja yang sangat tinggi dan sanggup menjalankan tugas di luar waktu pejabat.
  7. Berkemampuan melaksanakan tugas melebihi tugasan hakiki.
  8. Berkemampuan bekerja dalam apa jua situasi (work under pressure).
  9. Bersedia melaksanakan tugas dengan penuh integriti, akauntabiliti dan ikhlas.

Skop Tugasan

Skop tugasan untuk jawatan ini termasuklah:
  • Membantu dalam perancangan strategi-strategi pembangunan tanaman pertanian.
  • Melaksanakan program pembangunan, program pengurusan, program penyelidikan dan program-program jabatan yang lain di samping mengadakan aktiviti pengesanan dan penilaian dan dari semasa ke semasa.
  • Menyedia keperluan program sokongan (peralatan, kemudahan dan kewangan) untuk melaksanakan program-program jabatan.
  • Mengurus dan menyediakan pelaporan yang berkaitan secara berjadual.
  • Mengurus operasi pengumpulan dan penyimpanan data serta menyelia pengendalian sistem pengurusan data/maklumat.

10 Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Soalan Ujian Psikometrik gred G29 akan menentukan samada calon sesuai dengan kehendak serta kriteria perjawatan, selain menampilkan trait-trait individu yang mampu melaksa skop tanggungjawab serta tugasan yang telah ditetapkan oleh Jabatan/Kementerian mahupun agensi di bawah Kerajaan Negeri.

Berikut adalah beberapa contoh soalan latihan Ujian Psikometrik G29:

1. Antara sumber inspirasi saya adalah kejayaan orang lain.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

2. Apabila berpindah ke tempat baru, saya yang akan memulakan perbualan.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

3. Apabila dimarahi, saya akan melenting.
A. Ya
B. Tidak Pasti
C. Tidak

4. Menyelesaikan masalah perlukan kepada kemahiran komunikasi
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

5. Pada setiap masa, saya sentiasa suka dipandang kemas dan bersih.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

6. Masa tidur saya tidak teratur
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

7. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti.
A. Ya
B. Tidak

8. Saya akan memberi teguran kepada sesiapa sahaja jika dalam keadaan tertekan.
A. Ya
B. Tidak

9. Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.
A. Ya
B. Tidak

10. Saya boleh bekerja dalam semua keadaan termasuk kecemasan.
A. Ya
B. Tidak

Untuk memilih jawapan yang terbaik, calon harus melihat kepada kriteria yang telah ditetapkan. Berdasarkan kepada kriteria tersebut, tanpa menjadi orang lain dan perlu menampilkan kejujuran, pilih jawapan yang paling tepat dan bersesuaian dengan karektor diri dan kriteria tadi.



200 SOALAN LATIHAN UJIAN PSIKOMETRIK LENGKAP JAWAPAN + HURAIAN!

Masih belum mempunyai nota rujukan dan soalan latihan yang sesuai sebelum Ujian Psikometrik sebenar? Gunakan rujukan yang disediakan oleh Tim Infokerjaya ini. PROVEN membantu puluhan malah ratusan ribu calon kerja kerajaan semenjak 2009 lagi!

Satu-satunya rujukan yang dikemaskini mengikut skema dan format terbaru Ujian Psikometrik SPA. Buat persediaan, gunakan rujukan ini!