Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional

Adakah anda calon yang dipanggil untuk sesi penilaian atau temuduga jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional? Jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional adalah merupakan jawatan yang disediakan untuk membantu Pegawai Latihan Vokasional dalam tatakelola latihan vokasional. Jawatan yang diletakkkan dalam kumpulan pelaksana ini terdiri dari gred DV29,DV35, DV37 dan DV39.

Mereka yang menerima tawaran perjawatan ini akan ditempatkan di Kementerian Sumber Manusia, samada bertugas di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI), Kementerian Belia dan Sukan, atau di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Latihan Vokasional

Tips lulus PSEE

Sekiranya anda merupakan calon yang disenaraikan untuk menjalani penilaian atau peperiksaan online SPA bagi jawatan ini, perkara paling utama yang harus anda ketahui ialah deskripsi tugas serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai Penolong Pegawai Latihan Vokasional. Tanpa pengetahuan ini, anda tidak akan tahu apakah kriteria sebetulnya yang perlu ada bagi menjalankan tugas sebagai Penolong Pegawai Latihan Vokasional.

Pengetahuan mengenai kriteria yang diperlukan adalah penting bagi membolehkan anda sebagai calon melepasi tapisan ujian Psikometrik. Ujian ini adalah satu-satunya ujian online yang akan menentukan samada anda serasi, sesuai dan lulus dari segi markah merit untuk menjawat jawatan ini. Hanya calon yang menepati syarat penilaian psikometrik sahaja yang akan dipanggil untuk proses temuduga atau ujian fizikal (jika ada).

Berikut adalah deskripsi tugas yang disenaraikan pihak SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional:
  • Mengendalikan dan menyediakan latihan termasuk menyediakan pelan mengajar, kertas penerangan, kertas kerja, kertas tugas dan alat-alat bantuan mengajar serta memastikan pencapaian kemahiran oleh pelatih-pelatih, mengajar dalam amali dan teori.
  • Mengawas pengajar-pengajar dan pelatih semasa di bengkel seperti dari segi kebersihan, keselamatan dalam penggunaan alat-alat dan perkakas serta berdisiplin semasa latihan.
  • Menyelenggara keperluan bahan-bahan ujian.
  • Menyelia dan mengurus semua ujian-ujian dan menyelia laporan-laporan kemajuan dan ujian-ujian pelatih.
  • Menyelia semua hal ehwal latihan yang berkenaan dengan ketukangan termasuk keselamatan bengkel, kebersihan dan kerosakannya.
  • Bertanggungjawab di atas penyediaan inventori dan keluar masuk bagi semua barang-barang di bawah kawalan.
  • Merancang penyusunan mesin-mesin dan alat-alat perkakasan di bahagian-bahagian di bawah jagaannya.
  • Mengesyor pembelian alat-alat baru supaya mutu latihan dikemaskini.
  • Merancang pembahagian tugas-tugas dan jadual minggu mengikut program latihan pelatih di kalangan pengajar di bawah penyeliaannya.
  • Merancang dan membuat permohonan bekalan bahan-bahan di bengkel berdasarkan latihan dan mengemukakan kepada Ketua Bahagian.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


MAHU DAPATKAN RUJUKAN PSIKOMETRIK PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL?

Jadikan diri anda sebagai calon yang bersedia. Usah bazirkan masa dan wang untuk mendapatkan soalan latihan Psikometrik yang lapuk tanpa huraian jawapan. Dapatkan kelebihan dari calon lain dengan rujukan Tim Infokerjaya yang lengkap serta huraian jawapan terperinci dengan harga RM40!.

Terbukti telah membantu puluhan ribu calon beroleh kejayaan sejak 2009!

Dapatkan pakej rujukan ini sekarang menerusi pautan - [Tempah Rujukan Psikometrik].