Ramai calon yang gagal kerana kurangnya konsistensi semasa memberikan jawapan terhadap penilaian mengenai pendirian terhadap sesuatu. Malah, ada yang bercanggah antara satu sama lain, lalu menyebabkan skor merit rendah dan tidak menepati skor lulus yang diperlukan.
Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik dari Sudut Konsistensi
Sikap tiada pendirian ini akan berlaku apabila ada soalan-soalan yang melibatkan konflik ditanyakan kepada calon. Contohnya seperti soalan di bawah:
- Saya akan membuat laporan jika terdapat salah laku dibuat oleh Ketua Jabatan.
- Saya seorang yang patuh kepada ketua walaupun keputusannya adalah salah pada pandangan saya.
- Saya merasa bertanggungjawab apabila ada tugasan tidak dapat diselesaikan.
- Saya seorang yang bekerja sebagai satu pasukan tetapi merasakan tidak layak untuk menjadi ketua.
Konsistensi yang bagaimana?
Ada calon yang memahami jika konsisten memberikan jawapan seperti 'Saya Amat Bersetuju' pada semua soalan, maka ia akan dianggap konsisten memberikan jawapan. Tetapi sebenarnya adalah salah.
Ya, salah pemahaman seperti ini. Maka, tidak janggallah apabila ramai yang beberapa kali mengambil ujian Psikometrik tetapi masih lagi GAGAL!
Konsistensi Dalam Memahami Soalan dan Memberikan Jawapan
Sebenarnya, konsistensi ini melibatkan kedua-dua perkara, dari soalan dan juga jawapan. Ada jawapan seperti 'Saya Amat Bersetuju' mungkin memberikan merit yang tinggi untuk jawapan 'Saya Amat Tidak Bersetuju' pada soalan yang hampir sama cuma berlainan pendekatan naratifnya.Jadi, bagaimana nak memahami apa yang dimaksudkan konsistensi ini?
Cara paling baik adalah membuat latihan latih-tubi contoh soalan Ujian Psikometrik. Lebih banyak berlatih adalah lebih baik.
Kesimpulannya, untuk menjawab soalan Psikometrik dari segi konsitensi, lihat pada kedua-dua perkara, iaitu soalan dan juga pilihan jawapan.
Calon akan kesuntukan masa apabila ketika ujian sebenar baru cuba nak memahami pendekatan ini, maka seelok-eloknya buatlah persediaan awal. Dengan hanya persediaan menjawab contoh soalan sahaja, calon akan mampu membiasakan diri.