Tips Lulus PSEE Psikometrik SPA

Ramai calon yang bakal hadapi Ujian Psikometrik yang bertanyakan bagaimana nak lulus PSEE Ujian Psikometrik SPA? Ada dua tips utama untuk melepasi ujian ini. Tips ini telah diberikan sendiri oleh pihak SPA dalam satu siaran Facebook Live beberapa ketika dahulu.

Dalam blog ini, kami akan berikan dan huraikan secara ringkas mengenai dua tips lulus psikometrik tersebut. Mudah-mudahan ia boleh membantu para calon untuk melepasi peringkat ini yang amat penting sebelum pihak SPA membuat pemilihan ke peringkat seterusnya, iaitu temuduga.

Dua Tips Lulus PSEE Ujian Psikometrik SPA

Tips Lulus PSEE Ujian Psikometrik SPA

Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi calon dalam bentuk soalan-soalan pelbagai pilihan jawapan. Kadangkala jawapan disediakan sangat hampir antara satu sama lain.

Dalam Ujian Psikometrik SPA, calon perlu menjawab kesemua 200 soalan yang diberikan dalam tempoh masa ditetapkan. Setiap soalan atau jawapan mempunyai markah merit tertentu yang kemudiannya akan dijumlahkan untuk melihat samada calon lulus atau gagal di dalam ujian ini.

Tiada julat markah lulus yang dinyatakan oleh SPA, malah calon hanya dimaklumkan samada lulus atau gagal sahaja di dalam ujian ini.

Dipanggil Ujian Psikometrik PTD 2023?
Persiapkan diri anda dengan menggunakan pakej rujukan Ujian Psikometrik Tim Infokerjaya ini. Ada lebih 200 contoh soalan, dan lengkap jawapan disertai huraian untuk pemahaman calon.

Gunakan rujukan ini sebagai satu kelebihan dari calon-calon ujian yang lain. Serius nak pastikan anda benar-benar bersedia untuk Psikometrik PTD, tempah rujukan ini di butang disediakan di bawah:



Tips Lulus Psikometrik Untuk Kemasukan Kerja Kerajaan

Menerusi sesi Live oleh pihak SPA, ada dua tips penting yang diberikan, iaitu menjawab dengan jujur dan perlu konsisten dengan jawapan.

1. Calon Perlu Bersikap Jujur

Soalan-soalan disusun untuk memastikan calon yang benar-benar jujur dalam memberikan jawapan akan mendapat merit yang tinggi. Soalan akan mempunyai saling-kaitan samada secara langsung mahupun tidak langsung. Malah, akan wujud beberapa soalan perangkap untuk mengesahkan jawapan untuk soalan sebelumnya atau seterusnya.

Ramai calon yang mahu menjawab soalan dengan pantas akan terjerumus dengan bentuk-bentuk soalan sebegini. Tanpa fikir panjang dengan senarai jawapan diberikan, calon kemudiannya akan berasa was-was dan berlaku kekeliruan sehingga menyebabkan soalan-soalan berikutnya dijawab secara carca-merba.

2. Konsistensi

Salah satu cara pihak SPA membuat penilaian sikap dan integriti adalah menerusi siri pemilihan jawapan oleh calon. Ada beberapa soalan yang akan diberikan jawapan dalam bentuk skala keyakinan. Jadi, calon perlu berhati-hati dengan bentuk soalan ini agar tidak mendahulukan peraturan jabatan yang ditetapkan walaupun yakin jawapan diberikan adalah terbaik.

Calon perlu memberikan jawapan yang patuh pada peraturan atau skop tanggungjawab jawatan. Sekiranya jawapan yang diberikan hanya memberikan nilai merit yang kecil, kemungkinan calon akan kehilangan markah penilaian dari segi integriti yang sememangnya dititik-beratkan dalam kerjaya seorang penjawat awam.

Jadi apakah cara terbaik untuk memastikan calon berjaya menguasai trait penting ini? Jujur dan Konsisten.

Rujukan Contoh Soalan Psikometrik 2023
Sejauh mana nak mengetahui tahap kejujuran? Sejauh mana pula ingin memastikan agar sentiasa berada di dalam konsistensi memberikan jawapan, agar dapat skor yang sewajarnya?

Buatlah latihan menjawab soalan ujian Psikometrik !!

Untuk menghadapi ujian ini, melakukan latih-tubi menjawab soalan adalah satu-satunya cara bagi memastikan calon bersedia sebelum peperiksaan sebenar.

Adanya latihan, calon boleh mengenalpasti bentuk soalan yang memerangkap dan ada skill untuk memperoleh atau membuat kesimpulan jawapan secara konsisten. Dengan latihan kendiri ini, calon juga akan lebih berkeyakinan selain melatih diri untuk menjadi lebih jujur di dalam membuat keputusan, sesuai dengan skop perjawatan yang dipohon.

Semoga perkongsian ini dapat berikan sedikit sebanyak manfaat kepada anda yang mungkin akan menghadapi ujian psikometrik ini. Salam kejayaan untuk anda.