Pakej rujukan ini adalah satu-satunya rujukan dalam bentuk ebook (pdf) yang menawarkan lebih 200 contoh soalan ujian untuk persediaan calon ujian. Ia juga satu-satunya rujukan yang sentiasa dikemaskini untuk menepati format ujian psikometrik terbaru daripada SPA.
Pakej Rujukan Ujian Psikometrik Bertaraf 10 Bintang
Mungkin ramai tidak menyedari bahawa pakej rujukan yang dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya sudah membantu puluhan ribu calon kerja kerajaan sejak 2008/2009 lagi. Ia bukan sahaja memberikan kemudahan untuk para calon membuat persediaan bagi peperiksaan dan ujian, malah juga memudahcara calon untuk menghadapi temuduga kerja kerajaan.
Pakej ujian psikometrik ini sudah lama berada di dalam pasaran online, diterbitkan oleh Tim Infokerjaya. Sebelum ini, rujukan ini dimasukkan sekali di dalam pakej rujukan PSEE, yang kemudiannya diterbitkan secara berasingan. Ia bersesuaian dengan format terkini penilaian SPA dalam pengambilan kakitangan awam terkini yang hanya perlu melepasi Ujian Psikometrik sebelum ke peringkat temuduga.
Menerusi format terbaru SPA, calon yang terpilih atau dipanggil ke sesi penilaian Psikometrik ini perlu menjawab 200 soalan beraneka pilihan jawapan.
Setiap soalan akan menilai trait-trait yang ada pada calon, samada calon sedar ataupun tidak.
Dengan kata lain, jujukan soalan di dalam ujian ini adalah bersaling-kait dan disusun untuk memperoleh calon yang benar-benar sesuai dengan jawatan yang dipohon.
Maka, wujud beberapa set soalan yang diletak untuk 'memerangkap' calon, mengenal-pasti samada jawapan diberikan calon adalah benar, jujur dan konsisten mengikut trait personaliti yang diselidiki.
Pakej Rujukan Bantu Kenal-Pasti Bentuk Soalan Perangkap
Meskipun soalan-soalan ujian ini adalah nampak mudah dan 'straight-forward', namun awas ... ramai calon terjejas peluang kerana keyakinan yang salah, dan keliru dengan kehendak soalan. Akibat tidak memahami maksud soalan yang ditanya, yang berkait dengan trait yang diperlukan untuk jawatan dipohon, calon telah memilih jawapan yang kurang tepat.Untuk itu, pihak Tim Infokerjaya bukan sekadar mengeluarkan pakej rujukan yang mengandungi 200 contoh soalan sebagai latih-tubi, tetapi juga diberikan huraian jawapan bagi memastikan calon benar-benar faham dengan soalan yang ditanya serta kenapa jawapan tersebut dipilih.
Rujukan ini disediakan untuk bantu calon, maka tidak hairan mengapa ada calon yang menggunakannya memberikan penarafan 10 bintang!