Menurut SPA menerusi siaran langsung video di platform Facebook baru-baru ini, Ujian Psikometrik akan menjadi penilaian utama kepada calon untuk memasuki perkhidmatan awam. Penilaian ini dianggap lebih tepat dalam memilih calon yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
Ujian Psikometrik untuk Latihan Separa Perubatan
Ujian Psikometrik adalah ujian berkaitan minat serta kecenderungan. Ia menguji sikap calon, integriti calon, kompetensi serta nilai positif yang ada dalam diri calon menerusi kepelbagaian bentuk soalan dengan pilihan jawapan yang boleh mengelirukan calon.
Maka, dalam hal ini, ia akan menguji samada anda adalah calon yang layak untuk Latihan Separa Perubatan, sebelum dipanggil untuk sesi temuduga. Dengan kata lain, calon akan disaring sebelum disaring sekali lagi.
Bermaksud, SPA serius untuk memastikan hanya calon-calon yang benar-benar sesuai, mempunyai integriti, bertanggungjawab dan memenuhi kriteria serta kehendak Kementerian dan Jabatan sahaja yang akan diambil untuk berada di dalam sektor perkhidmatan awam. Ia juga akan menilai samada calon mempunyai daya tahan yang baik untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam kerajaan.
Berkaitan Ujian Psikometrik ini, calon perlu cakna bahawa ujian ini disediakan dalam pelbagai bentuk .. pelbagai situasi, pelbagai emosi
Ada pilihan jawapan, yang hanya perlu memilih Ya atau Tidak;
Ada pula yang menyertakan pilihan jawapan sehingga 4-5 pilihan;
Ada pula dengan pilihan jawapan dalam bentuk skala kekuatan/kecenderungan - iaitu 1-10 atau 1-7;
Cara atau teknik penilaian seperti ini sebenarnya salah satu metod untuk mengelirukan calon dan cuba untuk bermain dengan minda separa sedar.
Memandangkan soalan-soalan adalah soalan kendiri yang tampak lebih mudah, berbeza dengan peperiksaan sebelum ini; kecederungan calon untuk memilih jawapan tanpa berfikir panjang adalah tinggi. Bermakna, calon tidak berhati-hati dan bersikap gopoh dalam menyelesaikan sesuatu tugasan - juga satu penilaian sikap.
Untuk Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan, soalan-soalan akan berkisar kesesuaian calon terhadap skop latihan yang akan disertai, seterusnya penilaian kepada kesesuaian calon untuk mengisi kekosongan jawatan yang dipohon. Contohnya, soalan berkaitan kesabaran dan kesediaan berkerja shift akan ditanya untuk jawatan Jururawat; Soalan berkaitan ketelitian akan ditanya untuk jawatan Penolong Pegawai Perubatan dan Juruteknologi dan seumpamanya.
Ujian Psikometrik nampak mudah tetapi sebenarnya agak sukar!
Nasihat pihak SPA, calon perlu buat persediaan. Antara persediaan penting ialah mengetahui mengenai skop dan deskripsi tugas.
Deskripsi Tugas Latihan Separa Perubatan
Berikut adalah link atau pautan yang boleh anda rujuk untuk mengetahui deskripsi tugasan yang tersedia untuk Latihan Separa Perubatan:- Jururawat - https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/jururawat
- Penolong Pegawai Perubatan - https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/penolong-pegawai-perubatan-gredu29
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran - https://www.spa.gov.my/spa/index.php/ms/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/penolong-pegawai-kesihatan
- Juru Xray - https://www.spa.gov.my/spa/index.php/ms/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/juru-x-ray-u29
- Jurupulih Perubatan Fisioterapi - https://www.spa.gov.my/spa/index.php/ms/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/jurupulih-perubatan-gred-u29-fisioterapi
- Jurupulih Perubatan Cara Kerja - https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/jurupulih-perubatan-gred-u29-cara-kerja
- Juruteknologi Makmal Perubatan - https://www.spa.gov.my/spa/index.php/ms/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/juruteknologi-makmal-perubatan-gred-u29
- Penolong Pegawai Farmasi - https://www.spa.gov.my/spa/index.php/ms/laman-utama/gaji-syarat-lantikan-deskripsi-tugas/diploma-stpm-stam-hsc/penolong-pegawai-farmasi-gred-u29
Apakah persediaan terbaik yang perlu dibuat oleh calon yang akan berhadapan dengan kepelbagaian soalan Ujian Psikometrik ini?
Selain mengetahui serba sedikit mengenai tugasan perjawatan, calon perlu memastikan minda dan fizikal berada di dalam keadaan terbaik.
Sebaik-baiknya, calon perlu membiasakan diri dengan bentuk soalan psikometrik. Ia penting untuk meransang nilai-nilai peribadi yang ada dalam calon. Buatlah banyak latihan menjawab soalan ujian berkaitan psikometrik. Calon tanpa latihan, bakal mudah terperangkap dengan soalan atau jawapan.
Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam ujian ini.