Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia telah umumkan beberapa Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) untuk bulan ini, antaranya ialah Ujian Psikometrik untuk jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat gred S19.
Ujian ini adalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Calon yang berkelayakkan perlu melepasi Ujian Psikometrik SPA sebelum ke peringkat temuduga.
Rujukan Contoh Soalan Pembantu Pembangunan Masyarakat
Calon yang dipanggil untuk ujian ini perlu menjawab 199 soalan berkaitan personaliti, sahsiah dan minat. Ia juga merupakan penilaian kendiri untuk mengetahui samada calon sesuai atau cenderung kepada kesesuaian jawatan.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik
Antara bentuk soalan ujian ini adalah seperti berikut:1, Suasana tempat kerja yang tenang mampu menambah tumpuan saya terhadap tugas diberikan
[+] Rujukan Ujian Psikometrik Terkini
- Setuju
- Tidak Setuju
2. Saya cepat berpuas-hati dengan hasil titik peluh
- Ya
- Tidak
3. Saya boleh mengenali seseorang yang membuat keputusan mengikut gerak hatinya
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tidak Pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
4. Saya akan melaksanakan tugas tanpa diarah
- Sangat Kerap
- Kerap
- Tidak Pasti
- Kadang-kadang
- Tidak Pernah
5. Saya mudah mengalirkan air mata melihat situasi sedih
- Sangat Kerap
- Kerap
- Tidak Pasti
- Kadang-kadang
- Tidak Pernah
Calon perlu menjawab sejujur mungkin setiap 199 soalan Ujian Psikometrik. Calon juga perlu pastikan jawapan-jawapan yang diberikan adalah konsisten, sesuai dengan kehendak perjawatan.
Ramai calon yang gagal pada peringkat Ujian Psikometrik ini kerana terlalu yakin dengan jawapan selain cuba menjadi orang lain, yang nyata sekali tidak mencerminkan keperibadian sebenar calon.
Untuk pengetahuan, ada di antara soalan-soalan ini akan diulang tanya pada peringkat temuduga. Seandainya jawapan diberikan adalah berbeza, ada kemungkinan besar calon bakal disingkirkan.
Nak Lulus Ujian? Buat Latih-Tubi
Bagi membantu calon yang terlibat dengan Ujian Psikometrik Pembantu Pembangunan Masyarakat gred S19, calon disyorkan untuk melakukan latih-tubi menjawab soalan. Latih-tubi ini penting agar calon mengetahui bagaimana soalan ditanya dalam ujian sebenar nanti.
Latih-tubi menjawab soalan juga mampu untuk meyakini calon mengenai pilihan jawapan yang diberikan.
Mahukan rujukan dan contoh soalan (disediakan huraian jawapan), boleh dapatkan menerusi link disediakan ini: