Contoh Soalan Penilaian Psikometrik Pembantu Akauntan W19

Cari contoh soalan untuk buat latih-tubi Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Ujian Psikometrik untuk jawatan PEMBANTU AKAUNTAN gred W19? Jika anda adalah salah seorang calon yang dipanggil, tahniah daripada kami dan Tim Infokerjaya.

Anda berada di laman yang betul kerana kami ada menyediakan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk anda menghadapi PSEE Ujian Psikometrik PEMBANTU AKAUNTAN yang sebenar.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Akauntan

Rujukan Psikometrik Pembantu Akauntan

Berikut adalah beberapa contoh soalan yang berkemungkinan akan ditanya di dalam penilaian Ujian Psikometrik untuk jawatan Pembantu Akauntan ini. Contoh soalan ini bukan soalan ramalan, hanya sebagai panduan kepada calon untuk mendapat sedikit gambaran soalan sebenar bagi psikometrik Pembantu Akauntan.

Jika anda merupakan calon untuk ujian jawatan ini, cuba jawab soalan-soalan yang disediakan!

1. Saya seorang yang analitik
  • Ya
  • Tidak
2. Matematik adalah matapelajaran kesukaan saya
  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju
3. Saya suka menyelesaikan masalah yang bersifat objektif
  • Sangat Kerap
  • Kerap
  • Tidak Pasti
  • Kadang-kadang
  • Tidak Pernah
4. Penjual tidak memilih barang untuk dijual, tetapi barang yang dipilih pembeli
  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju
5. Dalam menyelesaikan masalah, saya memberikan banyak idea berbanding dengan orang lain
  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Pasti
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Kesemua soalan ini adalah berkaitan dengan minat dan kecenderungan calon terhadap jawatan.

Huraian Soalan

Psikometrik Pembantu Akauntan

Soalan 1 cuba menilai samada anda minat kepada analisis data dan soalan 2 samada anda mahir dengan permasalahan matematik, yang semestinya satu kemestian untuk jawatan Pembantu Akauntan.

Soalan 3 juga cuba memastikan samada anda seorang yang cenderung kepada penyelesaian masalah bersifat objektif, yang ada kaitan dengan soalan sebelumnya. Seorang Pembantu Akauntan perlu bersifat objektif.

Soalan 4 cuba menilai pendapat calon mengenai sesuatu perkara, ia juga boleh menjadi antara soalan perangkap - untuk menilai samada anda bersifat mementingkan penilaian diri sendiri atau orang lain.

Soalan ini biasa ditanya untuk jawatan melibatkan perkhidmatan membabitkan pelanggan, untuk menilai samada anda akan setuju dengan pernyataan 'Customer always right'.

Soalan 5 cuba untuk menilai samada anda mempunyai sifat cuba membantu orang lain - sesuai dengan jawatan PEMBANTU AKAUNTAN. Apatah lagi, dalam permasalahan membabitkan pengurusan kewangan dan akaun, akan wujud beberapa permasalahan yang memungkinkan kerjasama sepasukan.

Anda sudah dapat sesuatu daripada 5 contoh soalan Psikometrik Pembantu Akauntan?

Ini cuma sebahagian daripada bentuk soalan ujian yang biasa ditanya di dalam PSEE Ujian Psikometrik sebenar. Ada pelbagai lagi bentuk dan format.

Nak lihat lebih banyak contoh soalan?

Muat-turun Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Anda boleh dapatkan 200 contoh soalan pelbagai bentuk yang telah disediakan oleh Tim Infokerjaya. 200 contoh soalan yang disediakan merupakan rujukan terbaik untuk menghadapi serta melakukan persediaan sebelum ujian psikometrik sebenar.

Satu-satunya rujukan Psikometrik untuk PSEE kerja kerajaan, yang menyediakan huraian jawapan bagi setiap soalan. Sekaligus, membolehkan calon memahami soalan dengan lebih baik serta mampu untuk memilih jawapan tepat mengikut kehendak perjawatan.

Nak muat-turun 200 contoh soalan + huraian jawapan? Boleh klik pautan di bawah:


Gunakan rujukan ini sebagai latih-tubi anda sebelum Ujian Psikometrik sebenar Pembantu Akauntan. Buat persediaan awal.

Semoga bermanfaat.