Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 (Jabatan Perkhidmatan Veterinar)

Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 (Jabatan Perkhidmatan Veterinar). Terlibat dengan PSEE Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 bulan ini? Anda mahu kelebihan berpihak pada anda dalam ujian ini? Maka, buatlah persediaan awal, tonjolkan sifat positif anda sesuai dengan jawatan ini!

Sebelum itu, sebagai calon Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29,  anda perlu tahu bahawa ujian ini merupakan penilaian kendiri terhadap personaliti/kompetensi. Penilaian dibuat bagi mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).

10 Contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 (Jabatan Perkhidmatan Veterinar)

Psikometrik Penguatkuasa Veterinar

Memandangkan ujian ini adalah untuk memilih calon yang cenderung dengan trait penting untuk jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29, maka sangat penting calon mengetahui berkaitan deskripsi tugas bagi seorang Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.

Amnya, tugas seorang  Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 dalam Jabatan Perkhidmatan Verterinar adalah bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

Berikut adalah beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik berkaitan jawatan ini:

Contoh soalan psikometrik adalah seperti berikut:

1. Saya suka membaca subjek-subjek tertentu

a. Sangat Kerap
b. Kerap
c. Tidak Pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak Pernah

2. Saya berusaha mengulangi sesuatu tugas walaupun tidak menjanjikan kejayaan

a. Sangat Kerap
b. Kerap
c. Tidak Pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak Pernah

3. Penjual tidak memilih barang untuk dijual, tetapi barang yang dipilih pembeli

a. Sangat Setuju 
b. Setuju 
c. Tidak Pasti 
d. Tidak Setuju 
e. Sangat Tidak Setuju

4. Saya mudah berpuas-hati dengan hasil titik peluh

a. Ya
b. Tidak
c. Tidak Pasti

5. Penyeksaan terhadap haiwan adalah satu perbuatan jenayah

a. Sangat Setuju 
b. Setuju 
c. Tidak Pasti 
d. Tidak Setuju 
e. Sangat Tidak Setuju

6. Saya tidak selesa dengan haiwan peliharaan

a. Sangat Setuju 
b. Setuju 
c. Tidak Pasti 
d. Tidak Setuju 
e. Sangat Tidak Setuju

7. Saya seorang yang sangat berani

A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak Pasti

8. Saya seorang yang mudah bersimpati dengan kesusahan orang lain

a. Sangat Kerap
b. Kerap
c. Tidak Pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak Pernah

9. Menyelesaikan masalah perlukan kepada kemahiran komunikasi

A. Ya
B.Tidak
C. Tidak Pasti

10. Dalam menyelesaikan masalah, saya memberikan banyak idea berbanding dengan orang lain, nyatakan menerusi skala disertakan.

Skala 1 - 7 (Sangat Setuju - Sangat Tidak Setuju)


Daripada beberapa contoh soalan ujian yang diberikan di atas, jelas akan ada bentuk soalan yang pelbagai. Pemilihan jawapan juga diberikan dalam beberapa bentuk. Ada yang pernyataan mudah - Ya atau Tidak, Benar atau Tidak Benar dan sebagainya.

Maka, penting untuk individu bersiap siaga dalam apa jua jenis atau bentuk soalan yang bakal ditanya.

Bagi membantu calon menghadapi Ujian Psikometrik SPA, adalah dicadangkan calon untuk membuat latihan latih-tubi sebanyak mungkin contoh soalan latihan ujian ini.

Ebook Rujukan untuk Tambah Keyakinan

Tempah Online Rujukan Psikometrik 2023


Kami mengesyorkan menggunakan ebook rujukan yang disediakan oleh Tim Infokerjaya yang menyediakan lebih 200 contoh soalan Ujian Psikometrik yang disertakan dengan jawapan serta huraian untuk pemahaman calon.

Ujian ini berkemungkinan nampak mudah bagi kebanyakan calon, namun sejauh mana keyakinan anda yang anda telah bersedia dengan pelbagai bentuk soalan yang akan ditanya?

Elakkan rasa was-was. Bina keyakinan dengan bantuan rujukan ini.

Anda boleh mendapatkan pakej rujukan ini beserta bonus-bonus khas disediakan menerusi link disediakan di bawah:


Semoga berjaya.