Persediaan penting untuk memastikan anda tahu dan cakna mengenai bentuk dan cara soalan ujian ini ditanya kepada calon. Penting juga untuk mengetahui bahawa ujian ini adalah ujian kendiri yang akan cuba 'menyiasat' siapa diri anda yang sebenar- bersandarkan kepada kecenderungan dan minat, selain entiti-entiti lain yang diperlukan untuk jawatan Pembantu Kesihatan Awam.
Pakej Rujukan Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Kesihatan Awam
Sebelum anda menjawab soalan psikometrik berkaitan dengan jawatan Pembantu Kesihatan Awam, seharusnya anda perlu ada pengetahuan asas mengenai skop perjawatan, tanggungjawab serta deskrisi tugas jawatan tersebut.
Deskripsi Tugas Pembantu Kesihatan Awam
Amnya, seorang Pembantu Kesihatan AwamBertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pengawalan dan pencegahan dalam program kebersihan alam sekeliling, kebersihan dan keselamatan makanan serta kawalan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan tugasnya dengan menggunakan kaedah/ pendekatan kesihatan primer (Control and Prevention and Primary Health Care Approach).
Apabila anda telah mengetahui apakah tugas berkaitan Pembantu Kesihatan Awam, maka anda perlu menyenaraikan nilai-nilai positif yang perlu ada untuk menjadi seorang Pembantu Kesihatan Awam. Ini adalah penting supaya anda boleh menerapkan nilai-nilai ini dalam diri, seterusnya mampu melampiaskan nilai ini ketika menjawab soalan ujian psikometrik.
Rujukan Khas untuk Persediaan Ujian Psikometrik
Untuk memastikan anda tahu arah yang betul untuk menjawab soalan ujian ini, gunakan rujukan contoh soalan Ujian Psikometrik disediakan oleh Tim Infokerjaya sebagai panduan anda. Rujukan ini mempunyai 200 contoh soalan yang boleh membantu mengarahkan dan memperlihatkan nilai-nilai positif dalam diri, sesuai dengan jawatan yang dipohon.
Jadikan rujukan ini sebagai latih tubi untuk kenalpasti bentuk soalan terutama soalan yang mampu mengelirukan. Lihat huraian jawapan yang diberikan dan pastikan anda faham mengenai jawapan tersebut dipilih, terutama andai jawapan tersedia sama sekali berbeza dengan pilihan anda.
Untuk mendapatkan rujukan ini, lengkap dengan beberapa tips dan huraian jawapan, boleh ke link disediakan di bawah ini.
[+] Tempah Pakej Rujukan Terkini Ujian Psikometrik
Rujukan ini adalah rujukan terkini dan sentiasa dikemaskini, malah anda akan menerima update percuma selama 3 tahun (andai ditakdirkan anda gagal) sesuai dengan skema semasa dikeluarkan oleh SPA. Maka, anda boleh gunakan rujukan ini untuk peperiksaan online lain berkaitan ujian psikometrik.
Tiada kejayaan tanpa usaha. Guna rujukan ini sebagai usaha anda, dan selebihnya berserah pada Tuhan yang akan menentukan.