Seperti diterangkan sebelum ini, ujian psikometrik adalah ujian kendiri bagi menilai personaliti dan kebolehan serta minat. Tiada markah lulus diberikan untuk ujian ini. Tetapi, pihak SPA ada mengatakan untuk lulus di dalam ujian psikometrik ini, calon perlu melepasi julat merit yang telah ditetapkan.
10 Contoh Soalan Sebenar Ujian Psikometrik Gred 41
Ujian Psikometrik untuk gred 41 pastinya akan menguji kemampuan calon untuk menjadi pemimpin atau ketua. Jawatan gred 41 adalah jawatan gred pegawai kelulusan ijazah, seperti Pegawai Penyelidik, Pegawai Sains, Pegawai Geosains, Pegawai Sains, Pegawai Kebudayaan, Pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan seumpamanya.
Makanya, soalan ujian ini akan memperlihatkan soalan yang menonjolkan personaliti untuk memimpin, tahap disiplin, keterbergantungan, tanggungjawab dan lain-lain kriteria penting untuk menjadi seorang pegawai kerajaan yang berwibawa, selain memastikan mampu meningkatkan tahap integriti pegawai kerajaan yang selama ini dipersoalkan oleh masyarakat.
Baik, di sini kami kongsikan 10 contoh soalan sebagai panduan untuk calon gred 41. Soalan disediakan ini adalah dari soalan sebenar PSEE Ujian Psikometrik gred 41 sebelum ini. Jadi, kemungkinan besar anda pernah melihat soalan ini di mana-mana laman web lain yang menyediakan khidmat atau servis yang sama.
Berikut adalah antara contoh soalan sebenar Ujian Psikometrik yang diambil daripada beberapa ujian sebelum ini.
1. Saya tidak rasa teruja apabila melihat bendera Malaysia berkibar.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
2. Jika lagu Negaraku dimainkan hanya di tempat awam, saya tidak perlu untuk berdiri hormat.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
3. Saya tidak meluahkan perasaan kepada kawan-kawan apabila mengalami masalah.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
4. Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
5. Sepatutnya pekerja dibenarkan menentukan masa bekerjanya sendiri kerana mereka tahu bila prestasi kerja mereka adalah optima
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
6. Saya cuba untuk melihat sesuatu perkara dari sudut pandang orang lain.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
7. Saya akan mempertahankan 'ketua sentiasa benar' ("the boss always right")
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
8. Apabila jiran memasang radio dengan kuat, biasanya saya membiarkan sahaja
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
9. Saya selesa dengan orang yang setaraf dengan saya
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
10. Memakai kad pelajar tidak semestinya menunjukkan pelajar itu berdisiplin
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Tiada jawapan disediakan untuk soalan di atas. Tetapi jika anda mahukan panduan yang lebih baik, lengkap dengan 200 contoh soalan disertakan jawapan dan huraian, boleh dapatkan pakej rujukan dari Tim Infokerjaya, serendah RM40 sahaja!!
Anda boleh klik link disediakan di bawah untuk terus ke laman tempahan:
[+] Tempahan Rujukan Ujian Psikometrik