Sepertimana ujian Psikometrik SPA yang lain, ujian ini akan menilai calon dari segi keupayaan untuk mengurus emosi, menilai sikap, menilai respon terhadap situasi, kredibiliti, sahsiah dan sebagainya. Dalam kata lain, ia akan menguji calon dari pelbagai aspek trait individu. Jadi, apakah rahsia untuk menjawab ujian SPiER?
Rahsia Menjawab Soalan Ujian SPiER
Sistem Pemprofilan Rekrutmen atau SPiER KDN adalah sistem yang digunakan untuk pengambilan kakitangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya bagi jawatan berkaitan penguatkuasaan seperti Pegawai Penguatkuasa, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen. Sepertimana ujian Psikometrik lain, ia juga merupakan sistem ujian psikometrik secara berkomputer atau online.
Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER); adalah ujian penilaian dengan set bateri psikometrik yang mengandungi beberapa alat ujian psikometrik dibangunkan bagi tujuan saringan awal calon baru. Ujian ini adalah merupakan ujian kendiri dan hanya calon terlibat sahaja mampu dan boleh menjawab.
Bagaimana nak menjawab soalan ujian ini?
Amnya, calon perlu ketengahkan nilai-nilai positif dalam diri, dan seboleh-bolehnya cuba hindarkan dari menampilkan nilai negatif, namun pada masa yang sama berlaku jujur dalam memberikan setiap jawapan pada setiap set soalan diberikan.Ujian SPiER dinilai secara merit, bermaksud setiap soalan atau jawapan akan ada merit tertentu. Jadi, sangat penting calon menjawab kesemua soalan disediakan. Jangan lalai atau abaikan soalan hatta dirasakan tidak menunjukkan trait individu anda.
Salah satu cara pihak SPA/KDN menyingkirkan calon menerusi ujian ini ialah dengan mewujudkan beberapa set soalan 'perangkap'. Ia adalah set soalan dengan samada soalan yang mengelirukan ataupun jawapan yang mengelirukan.
Soalan Mengelirukan
Calon akan dibekalkan dengan soalan yang hampir serupa tetapi tidak sama. Soalan juga akan ditanya dalam beberapa bentuk pemahaman yang berbeza, mungkin situasi berlainan tetapi memerlukan jawapan tepat yang sama.Jawapan Mengelirukan
Ada soalan yang disediakan pilihan jawapan sehingga 5 pilihan. Biasanya jawapan disediakan dalam bentuk kekuatan trait, seperti Sangat Tidak Setuju, Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Sangat Benar, Sangat Tidak Benar dan seumpamanya. Soalan seperti ini sebenarnya menguji ketetapan, kekuatan, keyakinan dan keboleharapan calon.Soalan nampak mudah tetapi sepertimana diterangkan di atas, ia boleh memerangkap calon lalu menyebabkan calon skor markah merit yang tidak menepati keperluan jabatan.
Salah satu cara untuk memastikan calon bersedia dengan pelbagai bentuk soalan ini, dan mengelakkan dari terjerumus ke dalam perangkap soalan disediakan, penting untuk calon melakukan latih-tubi dan membuat persiapan membiasakan diri dengan bentuk soalan ditanya.
Latih-Tubi Ujian SPiER
Kami mencadangkan calon untuk mendapatkan pakej rujukan disediakan oleh Tim Infokerjaya, yang mengandungi lebih 200 contoh soalan berkaitan ujian Psikometrik dan SPiER sebagai persediaan membantu calon menghadapi ujian ini. Untuk calon berminat, boleh dapatkan menerusi link disediakan di bawah ini atau boleh dapatkan di kedai online Rujukan PSEE di sini - https://mylink.la/rujukanpsee[+] Rujukan Contoh Soalan PSIKOMETRIK/SPiER 2023
Pastikan anda menjadi antara terawal. Persediaan awal penting untuk memberi lebih keyakinan dan melakukan persediaan lain - terutama persediaan teknikal dan juga mental.
Semoga info ini bermanfaat dan mampu membantu anda memberikan kejayaan - lulus di dalam ujian SPiER ini nanti.