Ujian ini merupakan peringkat saringan calon bagi menilai kesesuaian calon terhadap jawatan yang dipilih/dipohon. Ujian ini merupakan salah satu dari kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan sesuatu jawatan selain daripada PSEE dan juga temuduga.
Ujian Psikometrik untuk Jawatan Gred 41
Calon yang terpilih untuk Ujian Psikometrik bagi jawatan Gred 41 adalah wajib lulus dan perlu melepasti markah merit yang telah ditentukan. Markah merit untuk penentuan Lulus atau Gagal ini adalah berbeza bagi setiap peringkat gred perjawatan, mahupun skop dan tanggungjawab perjawatan itu sendiri. Ini adalah kerana setiap perjawatan mempunyai tahap keupayaan personaliti berbeza.
Kriteria Penilaian Ujian Psikometrik Perkhidmatan Awam Malaysia
Secara amnya, kriteria penilaian dalam ujian ini akan membabitkan:
Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi), ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya. Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan, manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.
Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.
Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya. Kaedah ini sama dengan proses temu duga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan, manakala ujian psikometrik meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.
Melalui respon atau jawapan yang telah diberikan oleh calon, sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan dengan kesesuaian seseorang calon dengan ciri-ciri dan kompetensi yang piawai pada sesuatu jenis jawatan.
Status Lulus/Gagal Ujian Psikometrik
Sama juga seperti penilaian temu duga, kejayaan atau kegagalan individu dalam ujian ini bergantung kepada kejujuran seseorang individu melaporkan tentang dirinya dalam memberikan reaksi mengenai sesuatu perkara yang ditanyakan, di mana aspek kebolehpercayaan dan kesahan maklumat yang diberikan menjadi sebahagian daripada asas penilaian dalam ujian.Oleh kerana bilangan calon yang memohon sesuatu jawatan itu adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temu duga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temu duga, contohnya jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temu duga adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.
Maklumat terbaru - SPA tidak lagi menyatakan kepada calon samada LULUS atau GAGAL dalam ujian ini, tetapi menggunakan terma 'MELEPASI/TIDAK MELEPASI'. Ini adalah kerana secara amnya semua calon sudah dianggap lulus kerana berjaya ke peringkat ujian ini. Terma ini digunakan bagi memberitahu calon bahawa jumlah merit diperlukan untuk melepasi tapisan di peringkat ini tidak dicapai berbanding calon lain yang berkemungkinan skor merit mereka lebih baik.
10 Soalan Ujian Psikometrik Gred 41
Ujian Psikometrik gred 41 akan menilai calon dari segi sikap, personaliti dan kompetensi - samada sesuai atau tidak sesuai dengan jawatan yang dipohon. Soalan-soalan ujian psikometrik akan cuba mendapatkan maklumat paling tepat untuk melihat keserasian calon terhadap jawatan, jabatan dan juga sifat kerja berpasukan.Berikut adalah contoh-contoh soalan yang berkemungkinan untuk perjawatan gred 41, ini termasuklah untuk Pegawai Penguatkuasa KP41, Pegawai Pertahanan Awam KP41, Pegawai Pertanian G41, Pegawai Sains C41, Pengajar U41, Jurutera J41, Penguasa Penjara KA41, Pegawai Hal Ehwal Islam S41, Penolong Pegawai Perubatan U41, Pustakawan S41 dan yang gred 41 yang lain.
1. Saya seorang yang amanah dan bertanggungjawab.
A. Benar
B. Tidak Benar
2. Saya cuma akan melaksanakan tugas sekiranya diarah.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
3. Saya suka menghargai rakan sekerja yang lain.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
4. Saya lebih suka membuat keputusan sendiri berdasarkan penelitian daripada berbincang dengan rakan sekerja yang lain.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah
5. 'Bagaikan Aur dengan Tebing'.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
6. 'Licin kerana Minyak Berminta, Elok kerana Kain Berselang'.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
7. Saya seorang yang suka meluahkan pendapat daripada berdiam diri dalam mesyuarat.
A. Setuju
B. Tidak Pasti
C. Tidak Setuju
8. Saya lebih suka mendengar daripada bercakap.
A. Setuju
B. Tidak Pasti
C. Tidak Setuju
9. Saya _____ dimarahi kerana melanggar peraturan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak Pernah
10. Saya seorang menepati janji.
A. Benar
B. Tidak Benar