10 Contoh Soalan Psikometrik Jurufotografi

Jawatan Jurufotografi adalah antara salah satu jawatan yang ditawarkan di laman web SPAi9. Jawatan ini tersedia untuk pelbagai gred iaitu B19, B21, B25, B29/B30, B31, B37, B39, B41, B43, dan juga Jurufotografi gred B53. Calon yang terpilih untuk jawatan ini akan ditempatkan di dalam kumpulan perlaksana dan diletakkan di dalam jabatan-jabatan atau agensi khusus yang memerlukan perkhidmatan jurufotografi.

Jawatan ini adalah antara jawatan yang mengetengahkan bakat dan juga minat. Kebiasaannya calon lantikan dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni foto, kamera filem atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan. Ujian ini dikenali sebagai Ujian Bakat Jurufotografi dan calon yang terpilih mesti membawa kamera DSLR sendiri semasa ujian dijalankan.

Ujian Psikometrik untuk Jurufotografi

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurufotografi

Sebelum Ujian Bakat Jurufotografi dilaksanakan, calon-calon adalah perlu untuk memiliki merit yang cukup di dalam Ujian Psikometrik yang diadakan. Ujian ini adalah ujian penilaian kendiri untuk melihat sejauh mana kesesuaian calon dengan jawatan ini. Ia adalah salah satu kaedah penilaian yang holistik bagi tujuan menilai aspek sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon untuk menentukan kesesuaian individu bagi tujuan lantikan ke jawatan Jurufotografi.

10 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jawatan Jurufotografi

Berikut adalah antara contoh-contoh soalan yang berkaitan dengan jawatan Jurufotografi.

1. Saya seorang yang suka berdikari.

A. Benar
B. Tidak Benar
C. Tidak Pasti

2. Saya seorang yang sukakan keindahan desa.

A. Benar
B. Tidak Benar
C. Tidak Pasti

3. Saya tiada masalah untuk ditempatkan di kawasan terpencil.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

4. Saya akan berusaha dengan tekun untuk mendapatkan hasil kerja yang bemutu.

A. Benar
B. Tidak Benar
C. Tidak Pasti

5. Saya lebih suka mengambil potret daripada landskap.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah


6. Hobi bermula dengan minat.

A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti

7. Mengambil gambar orang lain adalah satu kesalahan.

A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti

8. Saya akan memuji hasil kerja rakan lain yang lebih baik.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

9. Saya seorang yang fokus kepada tugasan.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

10. Saya mementingkan kualiti dari kuantiti

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tidak Pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju