10 Soalan Popular Temuduga Kerja Kerajaan

Anda dipanggil temuduga kerja? Ok, kami nak kongsikan soalan-soalan temuduga yang paling famous dan paling kerap ditanya ketika temuduga. Soalan-soalan ini adalah berdasarkan pengalaman mereka yang telah hadiri sesi temuduga banyak kali.

Ia bukan soalan bocor tetapi ia memang jenis soalan yang biasa akan ditanya dalam sebuah temuduga, tak kiranya ianya temuduga kerja swasta mahupun kerja kerajaan.

Soalan-Soalan Selalu Ditanya Dalam Temuduga


Bentuk ayat soalan temuduga mungkin berbeza tetapi objektif untuk jawapan tetap sama.

Baik, mari lihat apakah 10 soalan temuduga yang selalu ditanya.

10 Soalan Temuduga Selalu Ditanya

  1. Sila perkenalkan diri anda.
  2. Dekat universiti awak belajar apa?
  3. Apa yang awak belajar masa internship?
  4. Kalau awak dapat tempat jauh dari hometown, awak sanggup tak?
  5. Apa kekuatan awak yang boleh buatkan kami mengambil awak kerja dengan kami?
  6. Kenapa awak pilih syarikat kami?
  7. Apa value yang ada pada diri awak yang awak rasa boleh apply dalam syarikat kami?
  8. Awak ada kenderaan?
  9. Awak sanggup susah sama-sama dalam syarikat kami? (biasanya syarikat yang baru nak up)
  10. Dia akan cerita skop kerja secara ringkas, then dia tanya, sanggup buat kerja sekian-sekian?

Semua soalan temuduga ini adalah perkongsian bermanfaat daripada seseorang yang dah enam kali hadiri temuduga kerja. Kebanyakkan soalan adalah soalan-soalan yang sama maksudnya ..

Jadi, pastikan anda bersedia untuk hadapi temuduga. Anda kena tahu bentuk-bentuk soalan yang akan ditanya, dan boleh rangka jawapan yang padu agar dapat lulus dalam temuduga.

Untuk temuduga kerja kerajaan, cuba gunakan panduan INI untuk anda buat persediaan.

Sumber: @nuurmuhaimin