Ini penting kerana Ujian Psikometrik untuk Penguatkuasa pasti akan menitik-beratkan nilai-nilai penting dalam diri calon yang memenuhi kehendak etika kerja yang diwujudkan.
6 Etika Kerja Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP
Terdapat enam etika kerja yang dinyatakan di dalam portal KPDNHEP untuk bahagian Penguatkuasaan, iaitu:
- Profesional
- Komited
- Unggul
- Amanah
- Setia
- Adil
Jadi, calon yang bakal menjawat jawatan Penguatkuasa KPDNHEP perlu memenuhi atau setidaknya mampu memenuhi tuntutan etika kerja ini.
Misi, Visi dan Moto Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP
Ia juga sesuai dengan misi, visi dan moto jabatan berkaitan:MISI
Menguatkuasakan undang-undang untuk mewujudkan peniaga beretika dan melindungi pengguna.
VISI
Menjadi organisasi penguatkuasaan perdagangan domestik yang unggul.
MOTO
Setia Berkhidmat.
Fungsi Penguatkuasa KPDNHEP
Manakala berikut adalah fungsi Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP:- Menangani isu-isu kenaikan harga dan membendung kegiatan manipulasi harga dalam negara melalui penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan (AKHAP) 2011 di setiap peringkat perniagaan.
- Melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SHMMP) di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang ingin mengambil kesempatan menaikkan harga barangan utama semasa musim perayaan.
- Membanteras ketirisan barangan kawalan bersubsidi serta menstabilkan bekalan barang-barang perlu supaya mudah diperolehi di pasaran di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.
- Menyiasat aduan pengguna di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan bagi memastikan persekitaran perniagaan yang sihat dan beretika.Membanteras aktiviti perniagaan yang tidak beretika bagi melindungi pengguna daripada dieksploitasikan oleh peniaga di bawah Akta Sewa Beli 1967, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993, Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011 termasuk aktiviti jualan murah, jualan pintu ke pintu, perjanjian sewa beli, penentusahan alat timbang dan sukat serta penggunaan perbahasaan halal.
- Mengeluarkan permit barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi tujuan pengedaran barang kawalan.Melindungi hak harta intelek di bawah Akta Hakcipta 1987 bagi Karya-karya yang layak mendapat perlindungan hak cipta termasuk karya sastera, filem, muzik, bunyi, seni dan siaran.
- Menggalakkan amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal dagangan palsu dan pernyataan palsu atau mengelirukan berhubung dengan pembekalan barang-barang dan perkhidmatan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
- Mengawalselia aktiviti pelesenan dan pengilangan cakera optik di bawah Akta Cakera Optik 2000.Membantu mengawalselia aktiviti Francais dengan memastikan francaisor dan francaisi mematuhi undang-undang yang telah diperuntukan di bawah Akta Francais 1998.
- Melindungi hak harta intelek di bawah Akta Cap Dagangan 2019 berhubung perlindungan cap dagangan berdaftar dan di bawah Akta HakCipta 1987.
Semoga info ini berguna untuk kegunaan rujukan dan panduan calon yang akan memohon jawatan Penguatkuasa KPDNHEP ini. Ia adalah perkara penting perlu diketahui terutama untuk calon peperiksaan online PSEE SPA dan juga Ujian Psikometrik.
Nak rujukan dan contoh soalan untuk PSEE atau Ujian Psikometrik Penguatkuasa? Boleh ke https://mylink.la/rujukanpsee