Calon ramai, namun kekosongan terhad. Pun begitu, peluang itu masih ada jika berusaha. Apa yang perlu dilakukan adalah memastikan diri Melepasi Tahap Penilaian Ujian Psikometrik yang disediakan. Calon hanya perlu menjawab semua soalan diberikan dalam tempoh yang disediakan.
Rujukan Ujian Psikometrik Pembantu Penguat Kuasa KP19
Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah memaklumkan satu peperiksaan online Ujian Psikometrik jawatan Pembantu Pegawai Penguat Kuasa gred KP19 akan diadakan pada bulan ini. Semua calon boleh menyemak butiran Ujian Psikometrik tersebut di link berikut - Semakan Ujian Psikometrik KP 19
Ujian Psikometrik adalah ujian kendiri yang memerlukan calon menjawab kesemua soalan disediakan dalam tempoh masa diberikan. Untuk melepasi penilaian ini, seharusnya calon memastikan semua soalan dijawab dengan jujur dan konsisten.
Setiap soalan dan jawapan yang dipilih mempunyai pemberat merit. Ini bermaksud tiada sebarang jawapan yang salah atau tiada merit. Cuma nilaian pemberat sahaja yang berbeza.
Amat penting untuk calon mendapatkan markah merit keseluruhan semaksima mungkin bagi membolehkan calon dipilih untuk ke peringkat seterusnya.
Bagaimana Nak Lulus?
Tiada cara selain calon melakukan ulangkaji dan juga latihan latih-tubi contoh-contoh soalan, terutama untuk soalan yang boleh memerangkap calon terutama yang melibatkan konsistensi perwatakan.
Bagi membantu calon, pihak Tim Infokerjaya telah menyediakan 200+ set soalan yang lengkap dengan huraian jawapan untuk kemudahan pemahaman calon, terutama soalan yang mungkin berulangan dalam ujian Psikometrik sebenar.
Jika anda adalah merupakan calon yang dipanggil untuk peperiksaan ini dan mahu melakukan yang terbaik, boleh dapatkan pakej rujukan ini di link di bawah:
[+] Pakej Rujukan Ujian Psikometrik 2024
Pastikan anda melakukan persediaan yang terbaik sebelum peperiksaan online sebenar. Banyak harapan disandarkan kepada anda, usah kecewa lagi.