Ujian Psikometrik ini akan membabitkan dua jawatan Latihan Separa Perubatan, iaitu Pembantu Pembedahan Pergigian dan Pembantu Kesihatan Awam.
Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan
Ujian ini adalah merupakan ujian penilaian terhadap personaliti, merangkumi sahsiah dan minat. Pun begiru, skop ujian ini kini telah diperkemaskan dan lebih terarah. Ujian Psikometrik adalah ujian wajib dalam cabang PSEE.
Calon yang dipanggil untuk Ujian Psikometrik ini wajib lulus untuk ke peringkat seterusnya.
Cara Penilaian Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan
Penilaian dibuat berdasarkan jumlah merit yang dikumpul setelah menjawab kesemua soalan diberikan. Soalan akan berbeza mengikut perjawatan dan juga bersandarkan kepada kekosongan selain ciri-ciri khusus yang dikehendaki oleh Kementerian/Jabatan terbabit.Tips paling penting untuk menjawab soalan ujian ini adalah dengan memastikan kesemua soalan dijawab sepenuhnya dalam tempoh masa diberikan. Tonjolkan nilai positif dan pilih jawapan yang bertepatan dengan nilai tersebut.
Sekali lagi, ujian ini bakal mengukur dimensi berkaitan aptitud minda, kecenderungan minat dan tret personaliti. Ia akan melihat antara lain .. personaliti, kompetensi dan integriti serta beberapa cabang indikator lainnya.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik untuk Separa Perubatan
Untuk membantu anda sebagai calon ke Latihan Separa Perubatan, berikut adalah contoh soalan Ujian Psikometrik yang berkaitan:
1. Saya sentiasa mencari kesempatan untuk membina hubungan interpersonal yang akrab dengan rakan sejawat.
A. Ya
B. Tidak
2. Hospital tidak bertanggungjawab dengan kesalahan yang dilakukan oleh doktor.
A. Ya
B. Tidak
3. Saya berharap supaya dapat bersama rakan pelajar yang pintar sahaja.
A. Ya
B. Tidak
4. Jika mengamalkan sikap merendah diri, saya akan dipandang rendah.
A. Ya
B. Tidak
5. Berbincang teknik rawatan dan pembedahan dengan rakan sejawat hanya akan membazirkan masa.
A. Ya
B. Tidak
6. Mengambil vaksin Covid-19 adalah merupakan satu kewajipan semua
A. Setuju
B. Tidak setuju
C. Tidak pasti
7. Saya suka memberikan nasihat
A. Ya
B. Tidak pasti
C. Tidak
8. Saya boleh menerima nasihat dan teguran
A. Ya
B. Tidak pasti
C. Tidak
9. Saya suka mengetuai sesuatu tugasab berkumpulan
A. Ya
B. Tidak pasti
C. Tidak
10. Saya berkemampuan menjadi seorang ketua kumpulan
A. Ya
B. Tidak pasti
C. Tidak
Daripada contoh-contoh soalan di atas, boleh disimpulkan bahawa soalan sebenar boleh mengandungi pilihan jawapan yang pelbagai. Adakalanya, diberikan dua pilihan, adakalanya diberikan 3 pilihan malah daripada pengalaman kami, ada ujian ini yang menyediakan sehingga 4-5 pilihan jawapan.
Setiap pilihan jawapan - terutama yang melebihi 2 pilihan akan mewakili nilai merit yang berbeza. Jadi, apapun jawapan yang anda berikan, akan ada markah merit.
Hanya jumlah minima atau julat merit keseluruhan yang akan dinilai untuk penentuan lulus atau gagal di dalam ujian ini.
Cara terbaik untuk memastikan anda mampu (sebagai calon) mendapat merit yang baik di dalam ujian ini adalah dengan membuat persediaan rapi - iaitu menjawab seberapa banyak soalan Ujian Psikometrik.
Bagi menjimatkan masa anda mencari contoh-contoh soalan ujian ini, selain mendapatkan beberapa tips terbaik untuk menjawab soalan ujian ini adalah dengan menggunakan pakej rujukan Ujian Psikometrik disediakan oleh Tim Infokerjaya.
Inilah satu-satunya rujukan contoh soalan yang telah membantu ramai calon ujian ini malah dari rekod serta komen calon terdahulu, ramai berjaya lulus dengan jayanya.
Jika serius mahukan kejayaan dan menggembirakan orang yang berharap dengan anda, gunakan rujukan ini. Anda boleh klik pautan di bawah untuk ke laman web tempahan rujukan ini.
[klik] Tempahan Rujukan Ujian Psikometrik 2021
Tanpa persediaan yang betul dan rapi, sukar untuk jawab kesemua soalan Ujian Psikometrik dalam tempoh diberikan.