Panduan Exam PTD - Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengumumkan iklan kekosongan jawatan bagi  Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Menerusi poster tersebut, terdapat 120 kekosongan dan 30 simpanan disediakan.

Satu saringan calon akan diadakan samada menerusi peperiksaan online dan juga temuduga sebelum ditempatkan sebagai Kadet PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK dalam program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam INTAN.

Rujukan Contoh Soalan PTD Ujian Psikometrik


Calon yang berkelayakkan akan wajib mengikuti PSEE Ujian Psikometrik untuk menentukan samada calon sesuai dengan perjawatan dan mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Ujian yang diwajibkan dalam apa jua pengambilan perjawatan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia ini akan menilai samada calon memiliki trait-trait personaliti yang diperlukan untuk jawatan ini. Ia akan menguji dan menilai berkaitan personaliti, integriti dan juga kompetensi.

Sebagai seorang penjawat awam, pastinya tiga perkara ini sangatlah penting apatah lagi untuk jawatan seperti Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Jawatan ini akan melibatkan interaksi dengan pelbagai peringkat gred perjawatan di dalam kerajaan serta organisasi; bahkan agensi luar.

Tips paling penting untuk menjawab ujian ini adalah memastikan semua soalan dijawab sepenuhnya dalam tempoh masa diberikan. Tonjolkan nilai positif. Sekali lagi, ujian ini bakal mengukur dimensi berkaitan aptitud minda, kecenderungan minat dan tret personaliti.

Baik, kami kongsikan tiga domain penilaian utama yang biasanya ditanya dalam Ujian Psikometrik ini:

Kompetensi
  • Kerjasama
  • Daya Tahan
  • Kepatuhan
  • Yakin Diri
  • Keberanian
  • Minat
  • Analitikal

Personaliti
  • Extraversi
  • Kebersetujuan
  • Kehematan
  • Kestabilan Emosi
  • Keterbukaan

Integriti
  • Amanah
  • Tanggungjawab
  • Ikhlas
  • Disiplin
  • Keadilan
  • Kerohanian


Sebenarnya ada 7 domain dengan 21 indikator kesemuanya. Namun, 3 domain dan 18 indikator di atas adalah yang paling utama dan sering menjadi soalan popular di dalam Ujian Psikometrik ini, termasuklah dalam ujian SPiER KDN.

Sekarang, mari lihat kepada beberapa contoh soalan ujian ini sebagai panduan umum untuk memahami bagaimana bentuk serta format soalan ujian Psikometrik:

1. Saya sentiasa mencari kesempatan untuk membina hubungan interpersonal yang akrab dengan rakan sejawat.
A. Ya
B. Tidak

2. Hospital tidak bertanggungjawab dengan kesalahan yang dilakukan oleh doktor.
A. Ya
B. Tidak

3. Saya berharap supaya dapat mengajar pelajar yang pintar sahaja.
A. Ya
B. Tidak

4. Jika mengamalkan sikap merendah diri, saya akan dipandang rendah.
A. Ya
B. Tidak

5. Berbincang teknik rawatan dan pembedahan dengan rakan sejawat hanya akan membazirkan masa.
A. Ya
B. Tidak

6. Mencuba perkara baru setiap hari
B. Setuju
C. Tidak setuju

7. Belajar dari kesilapan diri sendiri
A. Setuju
B. Tidak setuju

8. Membiarkan orang lain menjadi ketua
A. Setuju
B. Tidak setuju

9. Bekerjasama dalam satu pasukan
A. Setuju
B. Tidak setuju

10. Memberi hormat kepada orang berpangkat tinggi
A. Setuju
B. Tidak setuju


Adakala ujian ini menampilkan pilihan jawapan yang beraneka contohnya:

1. Saya suka bertanya untuk mendapatkan penyelesaian
A. Sangat tidak setuju
B. Agak tidak setuju
C. Tidak setuju mahu pun setuju
D. Agak setuju
E. Sangat setuju

2. Saya bergantung pada orang lain untuk memulakan bicara.
A. Sangat setuju
B. Setuju
C. Tidak pasti
D. Tidak setuju
E. Sangat tdak setuju

3. Saya lebih berorientasikan keputusan segera daripada melihat hasil yang lebih besar.
A. Sangat tidak setuju
B. Agak tidak setuju
C. Tidak setuju mahu pun setuju
D. Agak setuju
E. Sangat setuju

Ebook Rujukan Contoh Soalan untuk Ujian Psikometrik

Rujukan PTD Ujian Psikometrik 2023

Sepertimana peperiksaan lain, persediaan adalah perkara penting sebelum peperiksaan atau ujian sebenar. Jika anda merasakan amat perlu untuk mempunyai satu rujukan yang mampu membantu anda menghadapi Ujian Psikometrik PTD M41 ini, maka ... gunakan pakej rujukan Ujian Psikometrik disediakan oleh Tim Infokerjaya.

Ia satu-satunya ebook rujukan yang dikhususkan untuk persediaan Ujian Psikometrik, memuatkan:

  • Tip menjawab soalan
  • Lebih 200 contoh soalan ujian - dengan jawapan
  • Bongkar perangkap-perangkap Psikometrik
  • Rahsia apa yang bakal menggagalkan penilaian ujian anda


Untuk tempahan rujukan ini, boleh terus ke link di bawah:

Rujukan PTD - Ujian Psikometrik 2023

Mulakan langkah awal dengan membiasakan diri dengan pelbagai bentuk serta corak soalan ujian ini. Jangan keliru dengan soalan. Pilih jawapan yang tepat. Latih tubi dengan tempoh masa ditetapkan. Lihat samada anda mampu atau tidak menjawab kesemua soalan diberikan.

Apa yang anda lakukan ialah melatih minda anda untuk berfikiran positif, yang memungkinkan anda untuk melepasi dengan jayanya ujian ini.

Semoga berjaya.