Calon dikehendakli menjawab kesemua soalan disediakan dalam tempoh masa ditetapkan. Jika anda masih belum menyemak status peperiksaan ini, boleh melakukannya menerusi laman web SPA. Pastikan anda berada pada semakan yang betul kerana ia bakal melibatkan dua agensi kerajaan yang berbeza untuk jawatan KP29 ini, iaitu di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan juga Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan.
Sumber Rujukan dan Contoh Soalan PSEE Untuk Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
PSEE untuk Penolong Pegawai Penguatkuasa akan dijalankan selama satu (1) jam, iaitu bermula dari jam 10 pagi hingga 11 pagi pada 3 Ogos 2021 untuk kedua-dua jawatan, KP29 Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan KP29 Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
Peperiksaan online kali ini tidak melibatkan seksyen Pengetahuan Am, ini bermakna calon perlu membuat persediaan untuk dua seksyen melibatkan Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah dan juga Kefahaman Bahasa Inggeris.
Amnya, dua seksyen ini bakal menilai calon dari segi keupayaan menyelesaian soalan-soalan permasalahan matematik dan juga kefahaman yang baik dalam Bahasa Inggeris.
Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah akan membabitkan penilaian terhadap keupayaan calon menjawab soalan-soalan seperti soalan persamaan kuadratik, peratusan, pecahan, persamaan linear dan sebagainya. Amnya, ia merangkumi soalan matematik di peringkat SPM. Contoh soalan seksyen ini adalah seperti dipaparkan di bawah ini:
Manakala untuk Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris, ia boleh dianggap sebagai satu bonus untuk calon, terutama sekali kepada calon yang mahir dalam Bahasa Inggeris. Calon akan dinilai dari segi penguasaan tatabahasa, semantik, penggunaan ayat pasif/aktif, pemahaman teks ringkas dan seumpamanya. Seksyen ini biasanya banyak membantu calon untuk menjawab soalan lebih pantas berbanding seksyen Daya Menyelesaikan Masalah yang kadangkala rumit dan memerlukan pengiraan serta penggunaan rumus tertentu.
Pakej Rujukan Khusus Untuk PSEE KP29
Jadi, untuk membantu calon yang terlibat dengan peperiksaan online ini, satu pakej rujukan KHUSUS telah disediakan untuk PSEE jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29. Rujukan ini merupakan ebook yang disusun dengan pelbagai bentuk dan format contoh soalan sebagai persediaan kepada calon.
Kesemua soalan dimuatkan di dalam pakej rujukan ini adalah bersesuaian dengan jawatan gred KP29. Contoh-contoh soalan disediakan lengkap dengan jawapan serta jalan penyelesaian bagi memastikan calon tahu dan faham mengenai soalan yang ditanya. Sekaligus, ia akan membiasakan calon dengan kehendak soalan dan mampu memilih jawapan yang paling tepat.
Pakej rujukan ini disediakan oleh Tim Infokerjaya, yang berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun dalam membantu calon kerja kerajaan. Malah, ia telah dimanfaatkan ribuan calon dalam pelbagai kategori perjawatan dan gred sehingga berjaya lulus ke peringkat seterusnya.
Seandainya anda seorang calon untuk PSEE Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 dijadualkan pada Ogos 2021, kami syorkan anda menggunakan pakej rujukan ini sebagai persediaan penting menghadapi peperiksaan online sebenar itu nanti. Penting untuk anda - melakukan latih-tubi contoh-contoh soalan. Usah ambil mudah kerana ramai calon GAGAL kerana kurangnya persediaan dan ambil sikap acuh tak acuh sehingga menjerat diri sendiri.
Peluang tidak datang dengan mudah. Andai anda memperolehinya, berusahalah dengan jujur dan manfaatkan rujukan dan contoh soalan dibekalkan.
Kami doakan anda berjaya di dalam peperiksaan ini. Inilah satu-satunya rujukan yang akan bantu anda untuk READY dengan segala kemungkinan.
Untuk tempahan segera pakej rujukan KHUSUS untuk PSEE Penolong Pegawai Penguatkuasa ini, boleh terus ke link disediakan di bawah ini atau klik pada banner yang disediakan - PSEE KP29.
[Klik Sini -->] Tempahan Rujukan PSEE KP29